berita

[PROMO] Nak Tiket Flight Ke Bangkok, Krabi & Banyak Lagi Destinasi Menarik Secara Percuma? Jom Baca Promosi Expedia Ni!

September 10th, 2017 | by Epul | 3 comments
24.4K
reads
4.4K
shares
Gaya Hidup

Siapa tak excited kalau dapat tiket penerbangan AirAsia percuma kan? Zaman sekarang ni mana ada benda free, kalau ada pun semua orang berebut rembat tau… Apatah lagi harga tiket yang melambung tinggi, nak travel pun kira bajet 3-4 kali. Kalau dapat tiket free, kan jimat duit korang kan?

Admin nak kongsi cara macam mana korang nak dapat tiket penerbangan AirAsia percuma. DAH READY KE?

Caranya macam ni…

Biasanya, kalau nak travel, korang akan tempah tiket penerbangan dan hotel berbeza sebab kononnya nak cari hotel lagi murah. Tapi korang tak sedar sebenarnya dah guna lebih bajet!

Dengan Expedia, korang boleh tempah pakej tiket penerbangan AirAsia dengan hotel sekali gus, kemudian korang akan dapat tiket penerbangan AirAsia tu percuma sebab diorang buat promosi sekarang ni! Kan jimat masa dengan duit korang tu…

Secara automatik, bajet travel korang turun terus! Sebab…

Bila korang dapat tiket penerbangan AirAsia percuma, korang kena bayar sewa hotel je lah.. Wah biar betul? Memang betul-betul jimat ni, boleh guna duit tu untuk shopping sakan masa jalan-jalan nanti!

Cepat booking dan alert dengan tarikh-tarikh di bawah ni okay!

  • 10 September 2017 : Jualan awal 24-jam khas di laman web Expedia. Bookmark laman web ini sekarang!
  • Tempoh penempahan : 11 – 17 September 2017
  • Tempoh perjalanan : 10 September 2017 – 6 Ogos 2018

Boleh pergi mana je eh?

Expedia buat promosi kali ni bukan calang-calang tau, sebab destinasi yang ditawarkan memang syok-syok semuanya! Ni antara destinasi yang korang boleh pergi untuk dapat promo ni…

Bangkok – Tiket Penerbangan AirAsia Percuma + Hotel untuk 4H3M dari RM376/seorang (harga termasuk semua)

Kuil Wat Arun yang dikenali sebagai Kuil Wat Chaeng ni memang menakjubkan bukan je sebab ia terletak di tepi sungai, tetapi reka bentuknya sangat berbeza dari kuil lain yang ada kat Bangkok. Memang cantik sebab sebahagiannya terdiri daripada spiral berwarna-warni dan ada pantulan atas air!

Krabi – Tiket Penerbangan AirAsia Percuma + Hotel untuk 4H3M dari RM308/seorang (harga termasuk semua)

Sesetengah orang akan kata salah satu pulau di Krabi iaitu Koh Lanta membosankan, tetapi admin rasa ia sangat sesuai untuk pelancong yang nak menjauh dari kesibukan kota dan parti yang riuh. Bukan apa, kadang kita pun nak ketenangan dan masa bersendirian. Jadi, pulau terbesar di Thailand yang jernih dan cantik ni memang sesuai!

Tokyo – Tiket Penerbangan AirAsia Percuma + Hotel untuk 4H3M dari RM1,562/seorang (harga termasuk semua)

Tempat paling kanak-kanak dan mungkin kita pun suka, Tokyo Disneyland di Tokyo memang patut korang lawat. Dekat dalam ni, ada Dreamlights iaitu perarakan berlampu di waktu malam yang memang luar biasa. Bukan tu je, ada Minnie Oh! Minnie! iaitu pertunjukkan langsung menampilkan penari dengan muzik Latin dan karakter Disney. Comel gila!

Seoul – Tiket Penerbangan AirAsia Percuma + Hotel untuk 4H3M dari RM1,217/seorang (harga termasuk semua)

Kalau pergi Seoul, jangan lupa singgah Myeongdong yang paling popular dikalangan kaki shopping seluruh dunia. Kat situ, ada kedai-kedai besar mewah, kedai tempatan paling trendy, pusat beli-belah dan pelbagai kedai kosmetik berderet kat situ. Memang syurga bagi wanita!

Hong Kong – Tiket Penerbangan AirAsia Percuma + Hotel untuk 4H3M dari RM1,203/seorang (harga termasuk semua)

Siapa suka sangat naik cable car, korang patut try  Ngong Ping 360 kat Hong Kong sebab nampak pemandangan sekeliling even bawah sekali pun! Menyambungkan Ngong Ping dengan menara Tung Chung, korang boleh enjoy selama 25 minit sambil ambil gambar dan video. Tapi, bagi yang gayat tak payah naik kang meraung pulak!

Taipei – Tiket Penerbangan AirAsia Percuma + Hotel untuk 4H3M dari RM847/seorang (harga termasuk semua)

Taipei 101 yang dulunya dikenali sebagai Pusat Kewangan Dunia Taipei adalah menara pencakar langit tertinggi selepas diiktiraf pada tahun 2004 dengan ketinggian 509.2 meter menjadikan ia landmark di daerah Xinyi, Taipei, Taiwan. Siapa yang ke sana memang takkan lepaskan peluang ambik gambar pemandangan Taipei waktu malam!

Bali – Tiket Penerbangan AirAsia Percuma + Hotel untuk 4H3M dari RM448/seorang (harga termasuk semua)

Fuhh, siapa je taknak pergi Bali lepas tengok gambar-gambar cantik kat tepi pantai yang orang dok share kat Facebook tu? Apa yang membuatkan ia sangat special adalah setiap pantai kat sana berbeza dengan keunikan tersendiri. Bukan ada pasir warna putih bersih, tapi ada pasir hitam di teluk yang menarik dan menggoda!

Melbourne – Tiket Penerbangan AirAsia Percuma + Hotel untuk 4H3M dari RM1,926/seorang (harga termasuk semua)

Susah nak bayangkan Melbourne tanpa Federation Square. Bagi yang pernah pergi sana, mesti teruja bila tengok tempat tu jadi lokasi utama pertemuan seluruh penduduk Melbourne! Federation Square memang pusat kepada tarikan utama budaya, berlakunya acara bertaraf dunia dan banyak deretan restoran, bar serta kedai jualan. Semua lepak kat situ!

Jakarta – Tiket Penerbangan AirAsia Percuma + Hotel untuk 4H3M dari RM388/seorang (harga termasuk semua)

Kalau travel ke Jakarta, lawatlah Masjid Istiqlal yang diiktiraf sebagai masjid terbesar di Asia Tenggara dari segi struktur dan kapasiti. Jangan terkejut sebab masjid ni mampu memuatkan 120,000 orang. Macam nak solat Jumaat kat sana pulak, mesti best!

Tapi ingat…

Saja lah nak ingatkan korang yang tempat duduk untuk promosi ni TERHAD dan tertakluk kepada ketersediaan. Jadi, kena tempah cepat! Nak tau lebih lanjut mengenai terma dan syarat, layari laman web Expedia.

Siapa cepat, dia dapat. Selamat melancong!

The following two tabs change content below.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 Comments

  1. Azizi says:

    Syok nie… boleh g bercuti..

  2. noraini says:

    Kena kumpul duit dulu le….

  3. Aliah bt Idris says:

    Bagus ni bercuti sambil melancong