berita

Promosi Kraf Aidilfitri Menampilkan 40 Busana Raya Pop Art Rekaan Terkini

August 1st, 2012 | by Ai
Kini Trending

Kompleks Kraf Negara telah menganjurkan Promosi Kraf Aidilfitri kali ke-8. Promosi ini akan berlangsung sepanjang 1 hingga 12 Ogos 2012 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.

Terdapat pelbagai acara menarik dijalankan seperti Pameran Busana Aidilfitri, Demonstrasi Kraf Hiasan Dalaman, Masakan Rewang Aidilfitri dan Jualan Kraf Aidilfitri oleh 200 orang usahawan. Aktiviti Bazar Ramadhan telah diadakan sejak 23 Julai 2012, dan akan berakhir pada 14 Ogos 2012 dari jam 3.00 petang hingga 8.00 malam.

Menerusi promosi ini, pihak Kraftangan Malaysia telah mengetengahkan busana raya untuk lelaki dan wanita yang terdiri daripada tekstil batik, tenunan dan sulaman dengan sentuhan kontemporari. Manakala untuk potongan busana pula ia terdiri daripada Baju Kurung Tradisional dan Moden, Set Pario dan Selendang, serta Kebaya dan Baju Melayu.

Sewaktu Majlis Pra Pelancaran Promosi Kraf Aidilfitri 2012 19 Julai yang lalu, Kompleks Kraftangan Malaysia berkesempatan menampilkan 40 busana raya pop art rekaan terkini Kraftangan Malaysia dengan kerjasama 18 orang usahawan kraf.

Bagi individu yang masih lagi mencari busana yang sesuai untuk musim perayaan akan datang, anda boleh kunjungi Kompleks Kraf ini bagi mendapatkan busana yang diidamkan.

SKIP THIS AD ×