berita

Putera William Bakal Bergelar Bapa

December 4th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Khabar yang sangat menggembirakan buat Putera William dan Kate Middleton dan seluruh kerabat diraja Britain serta rakyat jelata. Duchess of Cambridge, Catherine yang melangsungkan perkahwinan dengan Putera William tahun lalu kini sedang hamil anak pertama mereka. Perkara itu diumumkan oleh Istana St James semalam.

Menurut jurucakap istana, Kate yang hamil kurang 12 minggu telah dimasukkan ke hospital London kerana mengalami alahan dan perlu berada di hospital untuk beberapa hari.

Bayi pertama pasangan Putera William dan Kate Middleton yang bakal dilahirkan ini adalah waris ketiga takhta diraja Britain. Oleh itu, kepentingan Putera Harry akan berkurangan dan dia perlu melepaskan kedudukan ketiga dalam takhta kelak.

Kate dijangkakan akan melahirkan anak pertamanya itu pada hujung  Ogos tahun hadapan. Pastinya kelahiran pertama bayi pasangan diraja Britain ini di tunggu-tunggu oleh semua masyarakat terutama pasangan ini sendiri yang tidak sabar bergelar ibu dan bapa.

Turut tidak ketinggalan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan isternya Michelle juga telah mengirimkan ucapan tahniah mereka kepada pasangan Britain ini.

SKIP THIS AD ×