berita

Rahsia Kecantikan Jennifer Lopez (JLO)

August 9th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Jennifer Lopez atau lebih senang dipanggil JLO merupakan seorang selebriti antarabangsa yang sentiasa kelihatan muda dan cantik walaupun usianya kini telah menjangkau 43 tahun. Amalan penjagaan wajah dan tubuh badan yang konsisten, dikatakan antara rahsia utama JLO untuk mengekalkan awet muda pada wajahnya.

Sebagai duta produk kecantikan L’Oreal sejak tahun 2011, JLO telah berkongsi beberapa rahsia kecantikan yang diamalkan olehnya menerusi Majalah Vogue.

Mengamalkan Sapuan Losyen Perlindungan UV Setiap Kali Keluar Rumah

Menurut JLO, setiap kali ingin keluar rumah, beliau tidak akan lupa untuk menyapu losyen perlindungan UV keseluruh badannya. Ini adalah bagi mengekalkan tona kulitnya agar sentiasa sekata dan terlindung daripada kesan terbakar matahari.

Amalkan Rawatan Rambut Setiap Bulan

Setiap bulan JLO akan pergi ke salun bagi mendapatkan rawatan untuk rambutnya. Ini adalah bagi mengekalkan kecantikan dan kesihatan rambut agar terhindar daripada sebarang masalah seperti kelemumur, rambut gugur serta rambut kering.

Mengamalkan Sapuan Losyen Pelembap

Selain pengambilan losyen perlindungan UV, JLO turut dikatakan tidak akan keluar rumah tanpa mengenakan sapuan losyen pelembap. Losyen pelembap dikatakan mampu mengekalkan kelembapan kulit agar tidak terlalu kering apabila terkena pancaran matahari, mahupun terdedah kepada ruang yang berhawa dingin.

Sapuan Pelembap Bibir Dan “Eyeliner”

Setiap kali keluar rumah, JLO tidak akan lupa untuk mengenakan pelembap bibir dan eyeliner sebagai asas solekannya. Pada dasarnya, setiap wanita harus mengamalkan sapuan lipgloss atau pelembap bibir, kerana ia dikatakan mampu mengekalkan kelembapan bibir agar kulit bibir tidak merekah akibat terlalu kering. Selain itu, padanan eyeliner pada mata dikatakan mampu menyuntik elemen dramatik dan menonjolkan lagi kecantikan mata seseorang.

SKIP THIS AD ×