berita

Raisa Andriana Penyanyi OST Drama Puaka Bunga Tanjung Turun Ke Malaysia

May 15th, 2012 | by M
Kini Trending

‘Apalah (Arti Menunggu)’ mungkin sebuah judul lagu yang akan mengingatkan anda terhadap sebuah drama bersiri yang kini sedang hangat ditayangkan di stesen TV9 iaitu, “Puaka Bunga Tanjung”. Raisa Andriana, sebuah nama baru daripada negara seberang akan menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur pada 10 Jun ini sempena Ulangtahun Ke-20 KRU dan di Kota Kinabalu pada 17 dan 18 Jun sempena KK Jazz Festival 2012 untuk mempromosikan single terbaru beliau ini.

Dilahirkan pada 6 Jun 1990, Raisa Adriana merupakan seorang penyanyi solo yang disifatkan mempunyai pakej yang lengkap, cantik serta berbakat besar dan dijangka dapatmenambat hati para penggemar muzik di Malaysia. Menyedari potensi Raisa, KRU Music berani mempertaruhkan bakat baru ini bagi memberikan nafas baru kepada industri muzik tempatan.

Sejarah penglibatan Raisa di dalam bidang nyanyian mula terserlah seawal umurnya 3 tahun lagi dan lagu pertama yang dinyanyikan beliau ketika itu berjudul “A Whole New World”, lagu tema filem animasi popular Aladdin.

Fakta ringkas mengenai Raisa :

  • Pernah mengadakan persembahan tertutup bersama Ratu Jazz, Sheila Majid.
  • Lagu berjudul “Could It Be” telah dijadikan runut bunyi untuk filem Mantera.
  • Apalah (Arti Menunggu) berada di kedudukan nombor 1 carta utama radio Indonesia untuk tempoh lebih 3 bulan.

Enjoy video klip selepas ini.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×