berita

Rancangan Khas Sempena Lawatan Putera William & Kate Ke Malaysia

September 7th, 2012 | by Ai
Hollywood

April 2011 lalu menyaksikan 2.3 juta rakyat Malaysia terpaku di Saluran Ceria Anda, ntv7 bagi menatap saat penting Will dan Kate melafazkan ikrar cinta mereka. Pasukan produksi khas ntv7 bersedia berkongsi dengan rakyat Malaysia tentang Will dan Kate melalui sebuah rancangan istimewa selama satu jam “Will & Kate – The Malaysian Tour” yang akan bersiaran pada hari Ahad, 16 September jam 9.30 malam. Penonton bakal melihat klip video yang di ambil sepanjang lawatan 3-hari pasangan Diraja itu serta temubual dan laporan eksklusif berkaitan mereka.

Selain daripada rancangan khas tersebut,penonton pastinya lebih teruja dengan rancangan lain yang bakal disajikan di ntv7 termasuklah rancangan “William & Kate: A First Year Anniversary Celebration”, yang akan disiarkan pada hari pertama lawatan mereka iaitu pada 13 September, jam 8.30 malam. Selain daripada itu, ketahui lebih lanjut mengenai Duchess of Cambridge, Kate yang dikenali dengan evolusi fesyennya, dalam rancangan “Biografi: Kate Middleton” pada 14 September, jam 8.30 malam.

Penonton setia ntv7 juga akan dihiburkan dengan konsert “The Diamond Jubilee Concert 2012” pada 15 September, jam 8.30 malam. Konsert ini diadakan bersempena sambutan Jubli Intan pemerintahan Permaisuri Elizabeth yang disemarakkan oleh bintang-bintang popular tersohor yang terdiri daripada Elton John, Tom Jones, Annie Lennox, Paul McCartney, Kylie Minogue, Sir Cliff Richard, Stevie Wonder, dan ramai lagi.

Dalam pada itu, rancangan temubual ntv7, The Breakfast Show dan Bella juga akan meraikan lawatan pasangan romantis itu dengan menyiarkan segmen istimewa bermula 9 September. Pelbagai sudut perspektif berkaitan The Duke dan Duchess of Cambridge termasuklah evolusi fesyen Kate Middleton, kisah cinta luar biasa pasangan ini, sumbangan mereka terhadap masyarakat, soalan trivia, fakta menarik serta rentetan perkahwinan mereka, akan dibincangkan di dalam rancangan temubual tersebut.

Rancangan “Nona” TV3 juga turut menyemarakkan lagi sambutan lawatan Will & Kate dengan sebuah segmen khas yang akan disiarkan pada 30 September, Ahad, jam 2 petang. Segmen ini akan membawa penonton untuk menyingkap lebih dalam tentang keanggunan fesyen Kate serta laporan mengenai kerja-kerja amal dan aktiviti-aktiviti kegemaran mereka dalam bidang sukan dan alam sekitar.

Selain dari program-program hiburan hebat tersebut, laporan berita dan perkembangan terkini akan disiarkan di dalam segmen edisi berita ntv7 termasuklah 7 Edition, Edisi 7, dan Mandarin 7, bermula 12 September ini. Komuniti Twitter di seluruh negara juga dialu-alukan menggunakan hashtag khas yang dicetuskan oleh ntv7 iaitu “#mywillnkate” – dalam semua mesej yang membincangkan mengenai lawatan Pasangan Diraja.

Lawatan Pasangan Diraja ke Malaysia merupakan sesi lawatan mereka yang ke-2 selepas Singapura yang dijadualkan pada 11 – 13 September. Pasangan ini seterusnya akan berangkat ke Solomon Islands (16 – 18 September) dan Tuvalu (18 – 19 September) untuk meneruskan lawatan bersempena sambutan Jubli Intan Permaisuri Elizabeth, yang menandakan 60 tahun pemerintahan beliau sejak tahun 1952. Sebelum ini, sambutan Jubli Perak Permaisuri disambut pada tahun 1977 dan Jubli Emas pada tahun 2002 turut disambut dengan meriah.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 melalui Facebook dan Twitter.

SKIP THIS AD ×