berita

Ranking Pasukan Kebangsaan Jatuh, TMJ Letak Jawatan

March 16th, 2018 | by faris
Kini Trending

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah memegang mandat menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak Mac tahun lalu. Jawatan itu dipegang bagi penggal 2017-2021. TMJ diumum menang tanpa bertanding setelah seorang lagi calon presiden, Tan Sri Annuar Musa menarik diri.

Namun, tidak sampai sepenggal menjadi presiden, TMJ membuat pengumuman mengejutkan kepada peminat bola sepak tanah air semalam. Ramai yang ternyata tidak menyangka keputusan drastik yang diambil TMJ itu.

Sudah tiba masanya

Menurut baginda, struktur bola sepak tempatan telah diperbetul, penaja telah ditarik dan pelan jangka masa panjang telah dirangka sepanjang baginda menggalas jawatan itu.

Jatuh 3 anak tangga, presiden harus letak jawatan

Tegas baginda lagi, kedudukan pasukan kebangsaan yang telah jatuh 3 anak tangga adalah kegagalan, untuk itu, baginda sebagai presiden perlu bertanggungjawab dan meletakkan jawatan. Baginda juga berterima kasih kerana diberi penghormatan bekerja untuk bola sepak Malaysia.

Perjuang hak penyiaran, setiap pasukan terima RM1 juta hingga 3 juta

Tambah Tunku Ismail lagi, perletakan jawatan itu dilakukaknnya setelah usahanya dalam FAM telah disempurnakan selain dapat merealisasikan kebajikan pasukan yang bertanding.

Setiap pasaukan menerima RM1 juta hingga RM3 juta bagi setiap pasukan menjadikan duit rakyat tidak lagi digunakan untuk perbelanjaan pasukan. Sejarah turut dicipta apabila skuad Bawah 23, Bawah 19 dan Bawah 16 mewakili Malaysia di peringkat Asia.

Sumber: Southern Tigers

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×