berita

Rasa Diri Cantik & Kacak Tapi ‘Kosong’ – Que Haidar Meluat Dengan Pelakon ‘Kayu’, Tak Datang Bengkel Lakonan

August 12th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Sejak kebelakangan ini isu pelakon ‘kayu’ atau dalam erti kata lain pelakon dengan mutu lakonan yang tidak mencapai ‘standard’ seorang pelakon sering dibahaskan oleh pengkritik dan anak seni sendiri.

Bukan itu sahaja, pengarah drama mahupun stesen televisyen didakwa gemar memilih artis yang mempunyai rupa semata-mata dan mempunyai followers yang ramai di media sosial. Betul ke macam itu?

Pelakon senior, Que Haidar menerusi post terbarunya di satu group Facebook, Movie Addict nampaknya makin meluat dengan isu pelakon ‘kayu’ ini.

Langsung tak nampak muka

Bengkel2 lakonan anjuran finas, kelolaan Puan Fatimah Abu Bakar, Ibu Fauziah Nawi, Elly Suriati Omar, Zul Huzaimi.. muka2 pelakon baru yg kononnya kacak dan cantik2 belaka tapi kerja mcm haram langsung tak nampak.. yg sy nampak pelakon2 yg mmg dah ada basic acting dlm teater yg hadir..kalau sy nak cdgkan ke Persatuan Seniman supaya buat meeting dan menyenaraikan semua pelakon baru yg kayu supaya wajib menghadirkan diri ke class lakonan ajuran finas..

Dari class asas lakonan hingga ke advance class dalam masa setahun.. jika tidak hadir atau kehadiran tidak lengkap, mereka2 ini tidak dibenarkan shooting.. supaya ada sedikit garis panduan utk station tv, producer dan director yg sekarang ni kemaruk sgt dgn hanya memandang pada followers IG dan rupa paras.

Cantik, kacak tapi ‘kosong’

Ini juga dpt memberi sedikit peluang utk mereka2 yg rasa diri cantik or kacak2 tapi ‘kosong’ ni berilmu walaupun sedikit.. dan mungkin juga memberi sedikit ruang/peluang utk mereka yg sememangnya berbakat dan berilmu yg masih tercari-cari ruang dan peluang mereka.

Jadi pihak produksi harus check dgn pihak seniman terlebih dahulu adakah pelakon2 yg mereka nak ambil shooting itu sudah layak syarat dari pihak seniman atau tidak.. apa pendapat anda atau ada cadangan lain..?

Netizen setuju

Cadangan Que Haidar ini mendapat persetujuan ahli group yang lain. Pelakon baru khususnya perlu diwajibkan menghadiri kelas lakonan bagi memantapkan lagi mutu lakonan mereka. Barulah industi seni negara tak dipandang remeh oleh netizen.

Sumber : Que Haidar

SKIP THIS AD ×