berita

Rawat Masalah Penuaan Mata Dengan “Advanced Night Repair Eye Serum Infusion”

January 3rd, 2013 | by Ai
Shout Out!

Produk kecantikan Estee Lauder baru sahaja melancarkan produk terbaru mereka yang dikenali sebagai ‘Advanced Night Repair Eye Serum Infusion’ di mana ia berfungsi sebagai serum khusus untuk merawat tekstur kulit dibahagian mata.

Serum yang dirumus khas dengan teknologi tinggi ini membantu menghalang kerosakan ozon pada sekitar kulit di bahagian mata serta mampu mengurangkan tanda penuaan termasuk garis-garis halus, kedutan, bengkak, lingkaran hitam serta tona kulit yang tidak sekata.

Tahukah anda bahawa wanita pada masa kini ramai yang terdedah dengan risiko penuaan disebabkan oleh pencemaran alam sekitar dan pancaran sinar UV yang boleh menyebabkan kerosakan pada kulit serta DNA?

Berdasarkan penyelidikan pihak Estee Lauder, ia membuktikan bahawa ozon mempunyai kesan negatif yang mendalam ke atas sel-sel kulit yang mampu membawa kepada peningkatan radikal bebas, kerosakan DNA dan keradangan.

Dalam pada itu, pendedahan kulit wajah terhadap penipisan ozon turut mengundang tanda-tanda masalah pramatang dan penuaan pada tekstur kulit dibahagian mata. Bagi mengatasi masalah ini, Estee Lauder telah mengeluarkan serum tekstur ringan yang mengandungi tiga eleman berteknologi tinggi iaitu:

1. Teknologi Anti-Penuaan : Teknologi ini direka secara komprehensif, di mana ia dikapsulkan dengan ‘Alkyl Guanine Transferase’ (AGT) untuk membantu membaiki kawasan mata yang terdedah oleh serangan pencemaran alam sekitar terutamanya penipisan ozon, serta sinaran UV.

2. Teknologi ChronoluxTM Eksklusif : Teknologi ini membantu mengurangkan tanda-tanda awal penuaan di sekitar mata dan mampu mengurangkan pembentukannya dari semasa ke semasa.

3.  Pencegahan dan penghidratan : Menerusi campuran antioksida dan Asid Hyaluronic, produk ini mampu memulihkan serta mengurangkan masalah lingkaran gelap, bengkak dan rekahan disekeliling mata.

Serum malam ini turut dikatakan mampu memberikan kelembapan, kesegaran serta mengekalkan kulit wajah agar kekal muda dan sihat. Untuk hasil yang lebih optimum, anda juga boleh menggunakannya bersama dengan ‘Estee Lauder Eye Creme.’ Alami dan rasai sendiri kesannya dengan harga RM230 sahaja!

Info lanjut di http://www.esteelauder.my/advanced-night-repair-eye-serum

SKIP THIS AD ×