berita

Rebah Kerana Sepasang Baju?

August 16th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Minggu lalu kecoh di media sosial apabila Baby Shima pengsan sewaktu menyanyi di pentas Big Stage. Ramai yang ingatkan ianya satu gimik, namun sebenarnya penyanyi yang sering membuat persembahan di Indonesia itu pengsan kerana kepenatan berulang alik. Ada juga yang menganggap Baby Shima pengsan kerana pemilihan baju yang tidak sesuai.

Terbaru, menerusi Mstar, pereka fesyen pakaian penyanyi itu menafikan dakwaan yang dibuat oleh sesetengah pihak.

Pengsan di pentas

https://www.youtube.com/watch?v=mQDAauVBbRY

Baju itu tidak ketat seperti didakwa, material yang digunakan ialah net (jaring) yang elastik. Baby Shima boleh bernafas dan memakainya dengan selesa. Seperti yang dinyatakan doktor, dia pengsan kerana keletihan berulang-alik ke Indonesia. Jadi tidak patut untuk salahkan baju itu.

Menurut sumber Mstar, Pereka gaun merah yang dipakai Baby Shima mengakui terkejut apabila ada suara-suara sumbang yang menyalahkan pakaian rekaannya sebagai punca penyanyi itu pengsan ketika membuat persembahan baru-baru ini. Azhar Zainal berkata pakaian rekannya tidaklah terlalu ketat seperti yang diperkatakan hingga menyebabkan Baby Shima sukar untuk bernafas.

Nyawa lebih penting

Saya tahu memang ada sedikit masalah dengan zip baju tersebut, saya risau mereka (paramedik) tidak dapat buka zip itu lalu mengarahkan agar ia dipotong. Nyawa lebih penting dan bernilai daripada gaun tersebut biarpun ia berharga hampir dua ribu ringgit.

Tambah Azhar lagi, dia turut memberi kebenaran kepada pihak berwajib untuk memotong sebahagian gaun berkenaan bagi memberi lebih keselesaan kepada Baby Shima.

Difahamkan Baby Shima terus dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan selepas pengsan membuat persembahan semasa program realiti Big Stage di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Sumber : Mstar

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×