berita

‘Renunglah Sejak Saat Indah Bersama’- Aeril Zafrel Utus Kata Manis & Deep Buat Wawa Zainal

March 13th, 2018 | by Amat
Lensa Insta

Pelakon kacak, Aeril Zafrel gemar berkongsi gambar keluarganya di laman media sosial. Malah, dia juga sering mengusik isterinya, Wawa Zainal, dan berkongsi kata-kata manis di kapsyen Instagram. Semalam merupakan hari ulang tahun kelahiran pelakon Wawa Zainal.

Malah, Aeril sempat membuat kejutan kepada isteri tercinta di set pengambaran. Hari ini, Aeril berkongsi kata-kata cinta sempena birthday Wawa Zainal. Apa agaknya kapsyen sweet hingga netizen rasa bersemut tu?

Kejutan hari jadi

Buat suprise harijadi kat @w4w4_zainal sempena ulang tahun yang ke 40 dia

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Video berdurasi seminit ini menyaksikan Aeril sempat membuat kejutan hari jadi di set pengambaran. Situasi dimeriahkan lagi oleh krew dan pelakon ketika itu.

Wawa wanita terbaik

Aeril menitipkan kata-kata manis ini khas buat isterinya, Wawa Zainal yang diibaratkan sebagai kekuatan disebalik kelemahan seorang lelaki. Walaupun, wanita terguris hati dengan lelaki tetapi mereka masih mendoakan yang terbaik buat lelaki.

Renungkan kisah indah semula

Disebalik kata-kata manis Aeril, dia juga menasihati kita untuk menghargai wanita. Wanita pernah ada tatkala sang suami tengah bersedih dan mengalami masalah. Mungkin kata-kata Aeril ini dapat kita fikir dan renungkan bersama.

Credit: Aeril Zafrel

Most Read Today