berita

Restoran Saji Makanan Sedap Hanya Pada Harga RM1

October 27th, 2017 | by Wan
MyResipi

Dalam dunia ekonomi sekarang, tak ada benda yang dijual dengan murah. Zaman dulu, sebungkus nasi lemak harga 10 sen, tapi kalau tengok sekarang, kadang sebungkus tu boleh cecah sampai RM1.50/RM2.00. Kadang telur dalam tu tak payah cakap la, senipis-nipis alam! Bayar mahal tapi berkira lauk.

Memang sukar nak cari makanan yang murah sekarang, apetah lagi murah dan sedap. Akan tetapi, berbeza kisahnya di restoran ni…

Restoran Seringgit

Viral sebagai ‘Restoran Seringgit’, kebanyakan makanan dan minuman di sini hanya akan dikenakan bayaran RM1. Yes, betul tu, seringgit!

Bertempat di Kluang, Johor, pemilik restoran, Ezal Laksamana mencadangkan idea ini Januari lepas, dan sejak itu perniagaannya berjalan dengan lancar, mengundang lebih daripada 600 pelanggan setiap hari.

Seringgit beb!

Hanya pada harga RM1, restoran ini menawarkan pelbagai jenis hidangan seperti mee rebus, soto, ayam goreng, nasi lemak, mee kari, pulut mangga dan laksa. Wah, best weh!

Rata-rata pelanggan yang datang ke restoran ni dikatakan berpuas hati dengan hidangan yang disajikan, namun memetik liputan World of Buzz, Ezal akui bukan senang untuk mengekalkan kualiti makanan di samping harga yang murah. Sebagai contoh, jika ayam goreng hanya sebesar bebola ikan, maka dia akan dianggap menipu pelanggan, tapi kalau ayam terlalu besar pula, dia akan mengalami kerugian.

Kongsinya, keseimbangan adalah kunci kejayaan.

Restoran ini hanya dapat bertahan lama jika pelanggan menikmati makanan kami. Jika pelanggan happy, maka kami pun akan terus menjana keuntungan buat jangka masa panjang.

Ambil contoh mi rebus ni, semua bahan-bahan wajib seperti telur, taugeh dan ayam ada di dalamnya.

Malah, kongsi seorang pelanggan tetap, Zheng, sejak pembukaan restoran, dia akan makan tengah hari di sini hampir setiap hari.

RM3, dapat semua

Dengan hanya RM3, dia boleh mendapatkan sepinggan nasi dengan daging dan sayur-sayuran, termasuk secawan teh panas! Apa lagi guys, jangan lupa lawat restoran ini bila di Johor!

Sumber: World of Buzz

 

SKIP THIS AD ×