berita

Resume Dah Edar, Tapi Masih Belum Dipanggil Temu Duga? Baca Tips Dari Pekerja Syarikat Multinasional Ini

March 8th, 2018 | by Shafika
Make-It-Senang

Pada zaman yang serba moden ni persaingan untuk dapatkan peluang pekerjaan adalah sangat tinggi dan sudah pasti mereka yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh majikan sahaja yang akan diterima. Namun, sebelum majikan dapat menilai kelayakan seseorang sudah pasti resume yang dihantar memainkan peranan yang sangat penting pada peringkat pertama saringan.

Pengguna twitter (Dr Zulhilmi Ismadi) ini berkongsi tips membuat resume terbaik yang diperoleh dari rakannya yang bekerja di syarikat multinasional seperti Air Asia, Petronas, Exxon, Baker hughes, Google dan banyak lagi.

‘Letak benda yang penting je’

Ha! korang tak payah pening-pening letak semua maklumat latar belakang, dah macam buat buku biodata pula nanti. Apa yang penting hanyalah alamat bagi tujuan penghantaran surat tawaran, email bagi tujuan komunikasi secara normal dan no telefon supaya mudah dihubungi pihak majikan.

Keep it simple and clear

Bagi template pula, Dr Zulhilmi mencadangkan supaya tidak menggunakan mana-mana logo dari sebarang syarikat. Buatlah template mengikut kesesuaian bidang yang dipilih.

‘Review dan check consistency

Setiap font dan jenis tulisan yang digunakan perlu diseragamkan, periksa semula setiap patah kata yang ditulis.

‘Fokus pada kesan, bukan apa yang kita buat’

Boleh juga tulis tentang sumbangan yang dibuat untuk kerja-kerja sebelumnya bukan sekadar untuk menyatakan pengalaman yang ada je.

‘kalau banyak tech experience, letaklah tu dulu’

Susun isi resume korang mengikut kepentingan maklumat yang nak disampaikan dari atas ke bahagian paling bawah.

‘Jangan ambil sape-sape asal penuh je’

Letak orang yang mempunyai tauliah untuk bahagian rujukan supaya lebih mudah dipercayai.

‘Tak payah rate diri sendiri..’

Letakkan sahaja kemahiran yang korang ada sebagai penambah nilai bagi resume, tak perlu letak sama ada pakar atau kurang pakar untuk kemahiran diri.

Skill diri boleh nampak dari cara persembahan CV..’

Sediakanlah resume yang kemas dan mudah dihadam oleh pihak syarikat.

‘Jangan tambah sampah dalam CV korang..’

Kepanjangan CV tidak spesifik tapi pastikan letak perkara penting dan memenuhi keseluruhan muka surat supaya nanti tidak sia-sia.

‘Mula buat laporan CV dari 2nd year..’

Tips ini memudahkan lagi penghasilan resume yang lebih baik sebab korang ada banyak masa untuk betulkan kesilapan dalam resume yang dah dibuat. Jadi siapa yang masih belum dipanggil temu duga sampai sekarang, apa kata semak semula resume yang dah sedia ada tu. Cuba betulkan mana yang kurang mengikut tips yang dikongsi ni. Jangan lupa untuk berdoa juga selepas berusaha!

Credit: Dr Zulhilmi Ismadi

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×