berita

Kasih Berbisik Episod 4 : Imran Asah Skil Menipu 2 Isteri [Spoiler Alert!]

October 23rd, 2014 | by Ai
Kini Trending

Kasih-Berbisik-1

Alahai ni la nama dia apabila tak ada penyakit, sengaja cari penyakit. Ya, kami maksudkan mengenai drama Kasih Berbisik yang kini semakin menjadi bualan hangat di kalangan penonton tegar drama Melayu.

Drama yang bersiaran setiap hari Rabu ini dah memasuki episod keempat malam semalam dan secara tak langsung, jalan ceritanya pun makin rumit. Pening kami dibuatnya!

Mana taknya, dalam pada Imran nak menjaga hati semua pihak, tanpa sedar dia dah menipu kedua-dua isterinya selama lima tahun.

Screen Shot 2014-10-23 at 16.22.11

Bayangkan betapa beratnya beban Imran sebagai seorang suami yang gigih mencari alasan untuk memastikan isteri-isterinya tidak mengetahui bahawa mereka berdua sudah dimadukan.

Tapi, nak kesian kat Imran pun tak boleh sebab dia sendiri yang buat keputusan terburu-buru tanpa fikirkan akibatnya sebelum berkahwin lagi satu.

Bagi kami, paling kesian ialah Nora iaitu isteri pertama Imran. Sudahlah selalu ditinggalkan suami kerana kononnya outstation, apabila mahu berbincang pasal pengambilan anak angkat pun tak diambil endah oleh Imran. Kami simpati tengok nasib Nora yang sunyi sepi sedangkan suaminya berseronok dengan isteri lain di Bali.

Screen Shot 2014-10-23 at 16.30.38

Namun, sepanjang lima tahun berkahwin lain, selama itu jugalah Imran tak senang duduk dan rasa bersalah kerana menduakan Nora. Haaa nampak tak, orang yang tengah sembunyikan sesuatu memang hati dia takkan tenang. Hehe!

Dalam pada itu, episod empat juga agak mendebarkan apabila bekas kekasih Sulastri, iaitu Dharma telah bebas dari penjara dan kembali menuntut cinta isteri kedua Imran itu.

Malangnya, sewaktu Imran pulang ke Singapura, Dharma telah menyerang Sulastri di rumahnya dan mendedahkan bahawa Imran sebenarnya mempunyai isteri lain. Ooppsiee!

Screen Shot 2014-10-23 at 16.23.52

Korang rasa macam mana agaknya perasaan seorang isteri bila dapat tahu dia sebenarnya berkongsi suami dari mulut orang lain? Mungkin kalau suami sendiri yang bagitahu tak marah sangat kot, entahlah!

Apapun, tak sabar nak tunggu episod 5. Kalau tengok teaser, episod akan datang ni ada babak Nora pula dapat tahu dia dimadukan. Imran siap bawa balik anaknya ke Singapura lagi. Habislah rumahtangga Imran macam medan perang lepas ni.

SKIP THIS AD ×