berita

Review Filem: Dampak Bongkar Kisah Kongsi Gelap

September 19th, 2013 | by Ai
Filem Tempatan

6262013_aksidampak-a

Sejak kebelakangan ini banyak filem tempatan berbahasa Melayu berlumba-lumba untuk merebut peluang ditayangkan di pawagam.

Filem Dampak juga nampaknya tidak terkecuali apabila ianya mula menemui penonton pada hari ini (19 September 2013).

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa Dampak dibintangi oleh barisan pelakon berwibawa seperti Farid Kamil, Aaron Aziz, Intan Ladyana, Cat Farish, Juliana Evans, Scha Alyahya dan Michael Chin.

Screen Shot 2013-09-19 at 15.32.58

Filem arahan Lai Yuk Long ini mengisahkan tentang kehidupan dan pengembaraan lima beradik yang mempunyai misi untuk membalas dendam terhadap musuh ayah angkat mereka.

Misi mencari Afran (Michael Chin) yang hilang merupakan titik permulaan pengembaraan Idrus (Aaron Aziz) bersama adik-adik angkatnya iaitu Giran (Farid Kamil), Hana (Juliana Evans), dan Qyra (Intan Ladyana) untuk menyelidik rahsia Tok Long.

Kecacatan dan parut pada muka Tok Long merupakan dorongan utama untuk mereka berlima membalas dendam namun Tok Long sentiasa membantah keras niat mereka tanpa memberikan alasan yang jelas.

Screen Shot 2013-09-19 at 15.32.13

Selepas menjumpai Afran di awal misi, mereka meneruskan penjelajahan untuk menyelidik sejarah Tok Long hinggalah mereka bertemu dengan Botak (Cat Farish).

Perkataan ‘Lambang Merah’ yang terkeluar daripada mulut Botak semasa dia dipukul oleh orang-orang suruhan Man menarik perhatian Idrus dan adik-adiknya.

Disebabkan itu, mereka berlima berusaha menyelamatkan Botak dari terus dibelasah dan sebagai ganjaran, Botak menyediakan tempat tinggal dan lubang pekerjaan.

Screen Shot 2013-09-19 at 15.31.58

Demi menepati janjinya, Botak membawa mereka berjumpa Joni Hitam. Joni merupakan orang kanan sebuah kumpulan gelap yang mahsyur bernama ‘Lambang Merah.’

Selepas melihat kehebatan Giran dan Afran berlawan, Joni akhirnya mempelawa mereka semua untuk bekerja di bawah naungannya.

Idrus langsung tidak berfikir panjang dan terus bersetuju kerana memikirkan pekerjaan ini boleh membantu mereka membongkar rahsia yang disimpan Tok Long.

Potensi Idrus, Giran, Afran, Hana dan Qyra yang semakin menonjol akhirnya menemukan mereka dengan kepala kumpulan ‘Lambang Merah’ iaitu Tiger Lang.

maxresdefault

Tiger Lang yang kagum dengan kemampuan adik-beradik itu berlawan telah mempelawa mereka bekerja di bawah naungannya sambil menawarkan kemewahan yang melimpah ruah.

Pendirian Giran mula goyah dan Idrus akhirnya terpaksa bersetuju dengan tawaran Tiger Lang kerana tidak mahu Giran terus hanyut tanpa bimbingan.

Tetapi misi Idrus lama-kelamaan semakin tersasar apabila kesemua adiknya mulai lalai dan semakin seronok bergelumang dengan kejahatan.

Malah, mereka juga sanggup berbunuhan sesama sendiri untuk mengejar kemewahan. Tiada lagi semangat kekeluargaan mengalir dalam darah dan misi utama mereka juga semakin pudar.

Screen Shot 2013-09-19 at 15.44.30

Apakah sebenarnya yang dirahsiakan oleh Tok Long dan mampukah mereka berlima kembali bersatu? Segala-galanya akan terjawab jika anda menonton filem Dampak ini nanti.

Walaupun hampir 90% jalan cerita filem ini memaparkan adegan berlawan yang agak berat, namun ia sebenarnya mempunyai mesej tersendiri untuk disampaikan.

Antaranya adalah nilai-nilai kekeluargaan yang tidak patut diketepikan walau dalam apa keadaan sekalipun. Namun hakikatnya sekarang ini cinta dan kerja-kerja haram mampu membutakan mata manusia.

Bagaimanapun, aksi-aksi lasak yang dijayakan oleh kesemua pelakon ini harus dipuji termasuklah adegan berlawan yang dilakukan oleh Intan Ladyana dan Juliana Evans. Semuanya nampak realistik dan tidak seperti dibuat-buat.

Bagi yang merancang untuk menonton filem ini dalam masa terdekat, apa kata anda layan dulu trailer Dampak di bawah ini. Selamat menonton!

http://www.youtube.com/watch?v=t3wEDUZbtMA

SKIP THIS AD ×