berita

#SelamatPengantinMadu : Rahsia Masmira Tak Mengandung Terbongkar

October 17th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

jdmadu_field_image_listing_featured.variant

Kami percaya, ramai yang menjadi penonton setia drama bikin hati panas ni kan? Bak kata salah seorang pembaca OHBULAN!, sekarang ni dah jadi trending pulak jalan cerita pasal poligami ni.

Tapi, sebagai seorang wanita, penulis memang suka sangat dengan episod ke 11 drama ‘Selamat Pengantin Madu’ ni. Memang riuh rendah satu rumah bersorak riang.

Mana taknya, semalam rahsia Masmira (lakonan Eina Azman) mengenai ‘kandungannya’ itu telah terbongkar. Apalagi, Zul (lakonan Aiman Hakim) mengamuk sakanlah.

Screen Shot 2014-10-16 at 11.42.24 PM

Buat yang ketinggalan, dalam episod-episod sebelum ini, Masmira yang merupakan isteri kedua Zul ni memang dah ‘terkenal’ dengan perangai mengada-ngada dan annoyingnya.

Manakala, Hana (lakonan Fasha Sandha) pula adalah isteri pertama Zul yang lebih relax dan cuba untuk menyesuaikan diri dengan situasi bermadu. Padahal, dalam hati membara tu beb.

Screen Shot 2014-10-16 at 11.42.51 PM

Nak dijadikan cerita, banyak plan Zul dan Hana tergendala dek kerana perangai si Masmira ni. Tapi, yang paling melampau bila Masmira sanggup menipu Zul bahawa dirinya mengandung semata-mata mahu membatalkan perancangan Zul untuk membawa Hana dan anak-anaknya bercuti ke Maldives.

Tapi, semalam rahsia itu terbongkar sendiri apabila Masmira terjatuh ketika berebutkan baju dengan anak perempuan Zul. Maka, bila bawa ke hospital, doktor pun mengesahkan bahawa Masmira tak mengandung.

Screen Shot 2014-10-16 at 11.43.36 PMSudah semestinya sebagai seorang suami, Zul berasa sangat tertipu dan berang dengan tindakan melampau Masmira tu. Jadi, Zul pun tak mahu berjumpa dengan Masmira sehingga hatinya kembali sejuk.

Masmira pun apalagi. Memang meroyan lah sampai datang ke rumah Hana untuk berjumpa dengan Zul. Akhirnya kena halau sia-sia. Padan muka. Haha.

Screen Shot 2014-10-16 at 11.44.50 PM

Nampaknya cerita ini dah nak menghampiri klimaksnya. Kami pun ternanti-nanti apa agaknya tindakan Zul selepas ni. Tapi, kalau anda yang jadi pengarah, agak-agak ending macamana yang akan anda pilih ya? Cuba share sikit. Mana tahu anda ada bakat terpendam untuk jadi director kan.

Eh. Hampir terlupa pula. Sebelum tu, kami nak kongsikan juga beberapa keping foto pelakon-pelakon drama ‘Selamat Pengantin Madu’ yang menonton episod ke 11 dengan para peminat mereka semalam. Check it out.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×