berita

Risau Bayi 33 Hari Makin Gelap, Lihat Cadangan Ibu Ini Kembali Putihkan Anak. Win Habis!

June 17th, 2018 | by faris
Kini Trending

Masyarakat kita seperti sedia maklum cukup obses untuk memiliki kulit putih. Buktinya, terdapat lambakan produk penjagaan kulit dan pil pemutih di pasaran bagi memenuhi kehendak orang ramai.

Tidak hanya membabitkan orang dewasa, kini ketaksuban untuk memiliki kulit cerah dan putih berseri turut melibatkan bayi. Pertanyaan seorang ibu di page Facebook Info Ibu Hamil nyata mengejutkan netizen yang tidak menyangka sehingga sebegitu sekali obsesnya masyarakat terhadap isu ini.

Anak makin gelap lepas sebulan

Seorang individu dipercayai ibu itu bertanya mengenai ‘masalah’ yang dihadapinya dimana anaknya semakin gelap selepas 33 hari dilahirkan. Tambahnya dia merindui saat-saat awal kelahiran anaknya yang putihdan cerah. Dia hairan anaknya itu kemudiannya bertukar gelap.

Individu itu turut mengutarakan persoalan kemungkinan cuaca panas menyebabkan si anak bertambah gelap dan berharap zuriatnya itu kembali cerah seperti sedia kala. Turut disertakan adalah perbezaan kulit anaknya dari hari pertama sehingga hari ke 33.

Netizen beri cadangan ‘bernas’

Tidak tahan dengan pos berkenaan, seorang netizen mendakwa dia pernah mengalami perkara sama dan mencadangkan satu cara untuk mengembalikan kulit bayi seperti sedia kala.

Dia secara menyindir mencadangkan anak dimandikan dengan campuran lemon dan cecair peluntur sehingga menjadikan anaknya kemerahan kerana terlalu putih sehingga ke rambut. Tambah kelakar, dia meletakkan matlamat mahu anak bertukar lutsinar dalam masa sebulan.

Netizen harap tak ambil serius

Kasihan baby dapat ibu sebegitu

Sumber: Info Ibu Hamil, Cik Bedah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×