berita

Risau Penat Buat Kerja Rumah – Datuk Jalal Hadiahkan Kerusi Urut Sebagai Hantaran

November 10th, 2017 | by aizam | 0 comments
21.7K
reads
51
shares
Kini Trending

Setelah hampir setahun bergelar duda, akhirnya pelakon vateran Datuk Jalaluddin Hassan kembali membuka hatinya untuk berkahwin dengan wanita pilihannya seorang ibu tunggal, Rapiah Abd Ghani pada Ahad ini.

Datuk Jalaluddin tampil membuat kelainan apabila beliau akan menghadiahkan kerusi urut sebagai hadiah hantaran kepada bakal isterinya. Datuk Jalaluddin menerusi Mstar berkata pihaknya akan memberikan lima dulang hantaran termasuklah kerusi urut berkenaan, manakala pihak perempuan pula akan membalas dengan tujuh dulang hantaran

Banyak buat kerja rumah

Beliau berkata hadiah tersebut bertujuan untuk kegunaan isterinya berehat dan melegakan keletihan sewaktu dirumah. Kerusi tersebut dianggarkan berjumlah RM20,000.

Dia memang memerlukan kerusi urut itu kerana banyak membuat kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerusi urut, senang untuk dia beristirehat.

Majlis berlangsung sederhana

Datuk Jalaluddin berkata majlis perkahwinan tersebut akan diadakan secara sederhana kerana ini merupakan perkahwinan keduanya dan hanya akan mengadakan akad nikah di Masjid Bandar Tun Hussein Onn.

Saya memang berniat untuk membuat majlis ala kadar sahaja sebab saya ni bercerai mati, bukannya bercerai hidup

Persiapan diuruskan oleh anak dan menantu

Bercakap mengenai soal persiapan, beliau berkata persiapan perkahwinan akan diuruskan sepenuhnya oleh anak dan menantu beliau kerana majlis ini hanya akan berjalan secara ringkas sahaja. Dalam pada itu, Datuk Jalaluddin berhasrat untuk menziarahi pusara arwah isterinya pada pagi sebelum akad nikah.

Admin ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Datuk Jalaluddin serta isterinya Rapiah dan berharap majlis tersebut akan berjalan lancar seperi yang diharapkan.

Sumber: Mstar