berita

‘Risiko Gugur Atau Saya Ada Di ICU’ – Ada 2 Fibroids Semasa Hamil, Nora Danish Kongsi Pengalaman

February 25th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Pada 22 Februari lalu, pelakon popular Nora Danish telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.97kg secara pembedahan. Bayi yang dilahirkan sihat sempurna itu diberi nama Mohamed Neyqal. Memang sangat comel, tembam dan putih kemerahan seperti ibunya juga.

Di Instagram, Nora Danish meluahkan rasa bersyukur dengan kehadiran bayi ini dan dia juga ada memberi penjelasan mengapa terpaksa melahirkan Ney Ney secara pembedahan. Menurutnya, dia mempunyai 2 fibroids yang bahaya jadi berisiko tinggi jika bersalin normal.

Ada dua fibroids yang sangat bahaya

First and foremost I would like to thank Allah for blessing us with NeyNey and to all my family, friends and followers for your thoughtful prayers. I gave birth to a healthy baby boy on the 22nd of February 2018 and he weighed about 2.97kgs. NeyNey’s due date was supposed to be on the 9th of March but he decided to greet the world earlier. ? Alhamdullilah, for a premature baby he was healthy and full of life. I would have loved to deliver NeyNey naturally but was advised by doctor Aziz to perform a C- section because after a thorough check I was told that I had 2 fibroids and they are extremely dangerous. I was really lucky and blessed by Allah with a successful delivery as these fibroids could have caused a miscarriage or I may have even ended up in the ICU. I personally would like to advise all the women planning to have a child at some point to have your doctor check thoroughly for any fibroids and have them removed. I was very lucky that both NeyNey and myself is in good health and I praise Allah for his blessings and to my doctor Dato Aziz , I thank you for your professionalism and care who also happens to be my gynaecologist for both Rayqal and NeyNey.

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

Pertama sekali, saya bersyukur kepada Allah swt untuk kehadiran NeyNey. Saya juga berterima kasih kepada keluarga, rakan dan followers atas doa yang diberikan. Saya melahirkan bayi lelaki pada 22 Februari 2018 seberat 2.97kg. NeyNey dijangka keluar pada 9 Mac tapi nampaknya dia nak lihat dunia lebih awal. Alhamdulillah untuk bayi para-matang anak saya sihat. Saya memang nak lahirkan NeyNey secara normal tetapi saya dinasihatkan Dr Aziz supaya melakukan c-section kerana selepas diperiksa saya ada 2 fibroids yang sangat bahaya. Saya bersyukur kandungan selamat kerana sebenarnya fibroid ini boleh menyebabkan keguguran dan saya mungkin ada di ICU. Jadi saya nak nasihatkan wanita di luar sana yang merancang untuk ada anak supaya buat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu, jika ada fibroids remove dahulu. Saya bertuah sangat kami berdua selamat dan sihat. Saya sangat bersyukur kepada Allah swt. Saya juga nak berterima kasih  kepada Dr Aziz atas khidmat yang diberikan.

Penting untuk ibu-ibu check up

Sumber : Instagram Noradanish

Most Read Today