berita

Rita Ora Dedah Susuk Tubuh!

September 12th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Gaya ala-ala popstar dengan cara perhiasan kuku serta gaya personalitinya saling tak tumpah seperti penyanyi popular Rihanna. Beliau adalah seorang penyanyi british yang bertubuh molek iaitu Rita Ora.

Beliau yang tampil pada laluan permaidani indah di Staples Center, West Londoner memberi kesan besar kepada penonton Amerika.

Manakan tidak, si fashionista itu tampil ber’Jumpsuit’ yang berkilau mengikut keluk bentuk tubuh badan daripada rona warna hitam dan perak hasil rekaan jenama terkenal Emilio Pucci .

Dibawah sinaran cahaya kamera, beliau menunjukkan belahan jarang seksi yang menampakkan susuk tubuhnya yang menawan itu.

Beliau yang bijak bergaya itu, mengabungkan Jumpsuit tersebut dengan sepasang sepatu tinggi hitam daripada Christian Louboutin dan barangan kemas Cartier.

Cantik walaupun hanya dengan sedikit calitan, itu yang digambarkan tatkala melihat wajah beliau yang hanya mengaplikasikan solekan tipis dalam menyerlahkan personaliti hebatnya.

Merah itu berani, beliau juga tampil dengan gincu bibir yang mempersona dimana ianya juga merupakan Trademark beliau dalam bergaya.

SKIP THIS AD ×