berita

Rita Rudaini Diceraikan Melalui SMS?

August 5th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Rita

Barangkali Ramadan kali ini merupakan bulan yang paling menduga kesabaran pelakon jelita Rita Rudaini apabila tersebarnya berita mengenai perceraiannya bersama pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan.

Menurut laporan portal Beautifulnara, menerusi sebuah radio tempatan, Aidil dipercayai telah menceraikan Rita Rudaini dengan talak satu melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).

Berita itu agak mengejutkan kerana difahamkan kes rumahtangga mereka belum selesai dan masih berjalan di mahkamah. Namun setakat ini tidak ada kepastian mengenai bila dan punca sebenar Aidil melafazkan cerai kepada isterinya itu.

Aidil-Zafuan-batal-ceraikan-Rita

Bagaimanapun, akhbar Berita Harian semalam melaporkan kekecewaan Rita terhadap gosip cinta antara Aidil dan seorang wanita bernama Zarema Zainal yang juga anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

Bagi saya kecurangan Aidil sangat memalukan saya dan anak-anak. Zarema pula memang suka cari publisti murahan, dia memang nak orang tahu ketika ini dia keluar dengan Aidil.

Saya sebenarnya nak muntah membaca atau melihat gambar Aidil keluar dengan perempuan lain. Secara jujur saya sedih dengan kehidupan Aidil hari ini, tak ada siapa yang membimbingnya.

Aidil-Zafuan-Cerai-Rita-Rudaini-Talak-Satu-Menerusi-SMS-ROTIKAYA-582x750

Keratan akhbar Berita Harian semalam

Untuk pengetahuan, Aidil pernah memfailkan permohonan cerai terhadap Rita sekitar bulan Mei 2012 namun tidak dipersetujui oleh aktres itu.

Rita kemudiannya melantik seorang peguam Syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain untuk mewakilinya di mahkamah dan kes rumahtangga mereka dikatakan masih berjalan hingga kini.

SKIP THIS AD ×