berita

Rita Rudaini Geli Hati Dengan Tuntutan Suami

May 17th, 2012 | by M
Kini Trending

Tuntutan Aidil Zafuan supaya Rita Rudaini kembali taat disifatkan amat kelakar oleh pelakon tersebut kerana dia tidak pernah melanggar perintah suami atau membelakanginya sepanjang tempoh perkahwinan berlangsung.

“Dia tuntut saya supaya kembali taat? Haa… memang betul-betul kelakar. Saya tergelak dengar tuntutan dia. Selama ini siapa yang tidak taat? Saya menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan anak-anak. Saya juga tidak pernah lari atau keluar dari rumah tetapi dia yang buat (keluar rumah) senyap-senyap dan tinggalkan saya dengan dua orang anak bersendirian.”

Prosiding mahkamah yang berlangsung semalam di Petaling Jaya berakhir dengan keputusan Aidil Zafuan untuk membatalkan tuntutan penceraian terhadap Rita Rudaini kerana melihat kesungguhan pelakon itu untuk mempertahankan rumahtangga. Aidil Zafuan turut menuntut supaya Rita Rudaini dan anak-anak berpindah ke rumah yang disediakan oleh majikannya di USJ 1 atas alasan sesuai dengan pendapatannya.

Bagaimana pun, Rita Rudaini melalui kenyataannya kepada wartawan Mstar mempersoalkan tuntutan Aidil Zafuan kerana kediaman yang beliau duduki sejak 4 tahun yang lepas mempunyai banyak kenangan bersama.

“Buat apa saya nak pindah? Sudah empat tahun kami tinggal bersama di Damansara. Kenapa dia tak balik rumah dan tinggal bersama saya serta anak-anak kalau dia suami yang bertanggungjawab? Sewa rumah sebanyak RM3,000 sebulan itu kami kongsi untuk bayar sama-sama. Bayangkan, bayaran yang separuh dia keluarkan itu pun dipertikaikan, apatah lagi nafkah anak-anak?” soal Rita.

Sumber berita : Mstar (Tuntutan Suami Macam ‘Budak-Budak’ Buat Rita Geli Hati)

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×