berita

Rock The World 2012 Tampilkan 45 Artis Menerusi 3 Pentas!

December 19th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sudah masuk edisi ke 12, Rock The World sememangnya sebuah pesta bagi peminat-peminat muzik tempatan mengambil peluang menemui band-band indie dan penyanyi-penyanyi kegemaran mereka.

Acara yang akan berlangsung pada 29 Disember 2012 (Sabtu) ini bakal menampilkan lebih 40 artis dan band indie seperti The Padangs, Salam, Pop Shuvit, Diandra Arjunaidi, Go Gerila!, OAG, Love Me Butch, dan juga Massacre Conspiracy.

Apa yang lebih menarik ialah, Rock The World kali ini akan dimeriahkan dengan 3 buah pentas berlainan iaitu ‘Main Stage’, ‘Noisy Stage’ dan juga ‘Indie Pop Stage’.

Bermula seawal jam 10 pagi sehinggalah 12 malam, festival muzik ini akan diadakan di Padang Merbok, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur. Pihak penganjur juga bakal memberikan t-shirt edisi terhad Rock The World 12 kepada 4000 penyertaan pertama yang bakal menjadi memori buat anda.

Kepada anda yang masih dahagakan lagu-lagu indie, tiket Rock The World 2012 boleh didapati melalui Rock Corner dan juga Victoria Music Centre dengan harga RM30 sekeping.

SKIP THIS AD ×