berita

Rosyam Nor & Jack Lim Berganding Dalam Filem Cina, “Once Upon A Time”

August 3rd, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Jika mendengar tajuknya, anda pasti ingat Rosyam Nor akan berlakon dalam filem lakonan Jet Li kan? Bagus kalau benar itu berlaku.

Namun, sebenarnya Rosyam Nor bakal berlakon dalam sebuah filem Cina tempatan yang akan diarahkan oleh pengarah, Silver. Setelah sekian lama bertapak dalam industri, Rosyam memberitahu bahawa dia memang sudah lama mengimpikan untuk berlakon didalam filem berbahasa Cina.

“Apabila mendapat peluang untuk berlakon dalam filem berkenaan (Once Upon A Time) saya bersetuju kerana bukan sahaja memang teringin untuk berlakon dalam filem berbahasa Cina tetapi ia dapat mengembangkan kerjaya saya.” – Rosyam Nor.

Rosyam dalam temubualnya bersama mStar Online turut menjelaskan bahawa dia menerima tawaran ini ketika dia sedang menjalani penggambaran untuk filem arahannya, Balistik.

“Semasa melakukan penggambaran filem Balistik, Jack bertanya adakah saya mahu terlibat sama dalam filem tersebut dan saya bersetuju,” ujar Rosyam Nor.

Jika sekarang kita lihat Soo Wincci sudah mula menapakkan diri kedalam industri hiburan tempatan dan menarik peminat khususnya peminat berbangsa Melayu, mungkin selepas ini kita boleh lihat Rosyam Nor pula menguatkan lagi pengaruh lakonannya kedalam industri hiburan Cina tempatan.

SKIP THIS AD ×