berita

Rozita Che Wan Bakal Nikah November Ini?

September 2nd, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Nampaknya betul apa yang dikatakan Rozita Che Wan. Selebriti yang selalu dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan kontroversi ini ternyata benar-benar tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan aktor-aktor muda tempatan seperti yang dikatakan sebelum ini.

Menerusi laporan Harian Metro, Rozita Che Wan dikhabarkan akan bernikah dengan seorang ahli perniagaan tempatan yang berasal dari Johor. Tidak dapat dipastikan siapakah lelaki bertuah tersebut, namun berita ini sekaligus menafikan gosip yang tersebar tentang hubungan Rozita bersama ahli perniagaan dari Singapura.

Menurut sumber kepada Harian Metro lagi, Rozita juga dikatakan sudah bersetuju dengan lamaran dari jejaka tersebut dan kini hanya menunggu masa saja.

Baguslah jika benar Cik Ta kita ini mahu menamatkan statusnya sebagai ibu tunggal. Maklumlah, sudahlah cantik, ada saja kumbang yang mahu singgah kan? Semoga lepas ini tiadalah lagi khabar angin yang tidak enak didengar lagi ya.

SKIP THIS AD ×