berita

Rozita Che Wan Dinobatkan Sebagai Selebriti Paling Seksi 2012

July 6th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Pada malam kemuncak Anugerah Stail EH! 2012 yang lepas, pelakon berwajah cantik dan anggun Rozita Che Wan telah dinobatkan sebagai selebriti wanita paling seksi 2012. Dalam majlis tersebut, Rozita Che Wan telah memperagakan busana rekaan Qudyn yang berona pastel dengan padanan perincian renda hitam perancis dan bersulam jemeki sarat dibahagian atas.

Menurut Rozita Che Wan, beliau menerima anugerah ini dengan hati yang terbuka kerana semuanya adalah pilihan peminat dan menyuarakan pendapatnya bahawa “Seksi bukan satu perkara yang tidak elok dan seksi tidak semestinya terdedah sana sini”.

Selain itu, Rozita Che Wan turut menyuarakan bahawa seksi merupakan satu perkara yang subjektif dan mungkin pembawakan dirinya yang kelihatan seksi sehingga dinobatkan sebagai Selebriti Paling Seksi 2012 oleh peminat majalah Eh!.

Pada tahun 2010, Rozita Che wan telah dinobatkan sebagai Anugerah Stail EH! menerusi kemenangannya sebagai Selebriti Wanita Paling Seksi dan Selebriti Wanita Tubuh Badan Cantik. Namun begitu, pada tahun ini gelaran tersebut telah berpindah tangan pula kepada si gadis cantik Fazura yang memenangi anugerah Selebriti Wanita Paling Bergaya.

Sumber : Murai.com

SKIP THIS AD ×