berita

Saif Adam Bakal Hadir Ke Malaysia Esok

October 23rd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Saif Adam

Artis Muslim dari United Kingdom, Saif Adam dikhabarkan bakal hadir ke Malaysia bermula 24 Oktober hingga 28 Oktober 2013 sempena mempromosikan album sulungnya berjudul, Heart.

Secara umumnya, album tersebut mengandungi 15 buah lagu yang diterbitkan oleh syarikat rakaman dari United Kingdom sendiri iaitu The Light Records dan diedarkan oleh Arteffects International untuk pasaran Asia Tenggara.

Selain kedua-dua syarikat tersebut, Warner Music Malaysia turut difahamkan bakal bekerjasama dalam proses pengedaran album Heart sekitar Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.

Saif Adam

Saif sewaktu mengadakan persembahan di Arts & Culture Festival

Untuk makluman, album sulung Saif bakal berada di pasaran bermula November 2013. Album tersebut boleh didapati di semua kedai muzik, buku agama dan premis-premis terpilih.

Dalam pada itu, album ini juga boleh didapati secara terus dengan mengunjungi lokasi-lokasi persembahan Saif seperti di bawah.

  • 24 Oktober 2013: Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.
  • 25 Oktober 2013: Universiti Islam Antarabangsa, Kuantan.
  • 26 Oktober 2013: Penampilan Khas di Assalamualaikum, TV Al-Hijrah & Kolej Universiti Insaniah, Alor Star.
  • 27 Oktober 2013: Sesi Bertemu Peminat di Hotel Everly Putrajaya (5.30 petang) & Makan Malam Islamic Relief Malaysia, Hotel Everly Putrajaya.
  • 28 Oktober 2013: Sekolah Tunku Abdul Rahman, Ipoh.

Segala informasi tentang persembahan Saif di Malaysia, anda boleh layari laman sosial rasmi Arteffects International di Facebook.com/ArteffectsInternational dan Twitter.com/ArteffectsInt.

Bagi mereka yang masih belum pernah dengar lagu nyanyian Saif Adam, di sini OHBULAN! selitkan video klip terbarunya, Believe. Jom layan!

SKIP THIS AD ×