berita

Saiful Nang Beri Amaran Kepada Ibu Bapa Suap ‘Dadah Gantian’ Kepada Anak

February 20th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Semenjak kebelakangan ini nama Saiful Nang sering meniti di bibir masyarakat. Dia seorang yang lantang bersuara mengenai isu yang berlaku dalam dan luar negara. Saiful Nang bukan sahaja berani mengutarakan pendapat mengenai ekonomi negara, malah, dia juga seorang yang berani menegur masyarakat mengenai adab didikan ibu bapa terhadap anak kecil.

Baru-baru ini, empunya Rumah Pengasih Warga Prihatin ini sekali lagi lantang menegur ibu bapa yang sering manjakan anak dengan teknologi telefon, tablet dan sebagainya. Gadget kononnya dapat membantu pendidikan kanak-kanak tapi tahukah anda bahawa gadget dapat membantut imaginasi kreatif anak anda? Ini teguran penting Saiful Nang yang mungkin berguna untuk ibu bapa dalam mendidik anak.

Anak goyang kaki

Saiful Nang menceritakan situasi ini berdasarkan pengalaman terhadap penglihatan senario ibu bapa memanjakan anak mereka dengan teknologi canggih.

Kuno lebih relevan

Malah, gadget dapat menghadkan tahap imaginasi kanak-kanak yang sedang membesar. Kanak-kanak tradisional lebih diasah kemahiran dan imaginasi berbanding kanak-kanak moden yang disuap teknologi tanpa bersosial dengan orang sekeliling.

‘Dadah gantian’

Gadget diibaratkan ‘dadah gantian’ yang disuap anak untuk terus diam tanpa bersosial dengan kanak-kanak lain. Saiful Nang juga menyarankan ibu bapa untuk mematikan teknologi buat anak pada usia setahun hingga 10 tahun. Hal ini kerana peringkat umur anak di pucuk muda adalah masa mereka merangsang sel otak berimaginasi.

‘Mayat hidup’

Rata-rata ibu bapa takut anak mereka ketinggalan teknologi yang kononnya dapat memberi faedah buat mereka. Tahukah korang bahawa teknologi penghalang anak untuk memupuk nilai kemanusiaan seperti tolong-menolong, keprihatinan, bersabar dan nilai sivik yang lain.

Diberi ketika sudah matang

Tahukah korang, anak kepada pencipta Google, Iphone, tablet dan komputer pun dihantar ke sekolah yang tidak ada kegunaan komputer? Malah, mereka menghantar anak ke antara sekolah paling mahal di Los Alto Silicon Valley.

Pernah terfikir tak, kenapa anak-anak jutawan ini dihantar ke sekolah yang tidak menggunakan teknologi skrin? Malah, mereka ingin memupuk anak supaya mempunyai nilai kemanusiaan. Jadi, semoga teguran Saiful Nang ini dijadikan pengajaran buat ibu bapa dalam mendidik anak ye.

Credit: Facebook Saiful Nang

SKIP THIS AD ×