berita

Salah Satu Restoran Peranakan Nyonya Di Petaling Jaya, Korang Pernah Pergi Tak?

April 5th, 2018 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Korang biasa makan makanan Nyonya? Orang Melaka mesti dah biasa. Maklumlah ramai berketurunan Baba Nyonya kat sana. Tapi makanan Nyonya ni bukan asing lagi kat Malaysia. Ia sebenarnya gabungan masakan Melayu dan Cina. Contohnya Ayam Pongteh, Pie Tee, Cincalok, Kari Kapitan dan banyak lagi.

Admin baru je pergi salah satu kedai makan Nyonya kat Petaling Jaya. Sebab ramai yang kata “kedai ni memang recommended, ala kedai makan kat Melaka”. Wow! Admin tak pernah try makanan Nyonya, so nak rasa juga. Kat mana kedai makan tu? Jom kita terjah.

Alibaba & Nyonya di TTDI, style Nyonya gitu

 

Haa, inilah kedainya. Alibaba & Nyonya. Kedai ni kat TTDI. Yang duduk Petaling Jaya bolehlah singgah kedai ni lepas baca nanti. Hehe. Kedai makan ni terletak bersebelahan dengan Secret Recipe dan bertentangan dengan McDonalds. Kejap lagi admin share location okay?

Tengok suasana kedai pun boleh tahan. Ada style Nyonya, sesuai dengan makanan yang diorang ada. Cahaya dari luar buatkan kedai ni nampak lebih terang. Nampak cheerful. Lepas tu meja makan pun tersusun rapi. Admin memang suka kedai makan macam ni. Lapang dan selesa.

Menu yang pelbagai, sentuhan moden

Yay, dah sampai masa untuk try makanan yang ada kat Alibaba & Nyonya. Kalau nak tahu, kedai ni turut masukkan elemen tradisional Melayu dalam masakan. Buku menu pun nampak kemas. Ada sentuhan moden pada resipi dan menu diorang. Info setiap makanan juga ada. Senang faham. Jom kita pilih! Banyak pilihan tau.

First, Nasi Ulam. Makanan utama orang Melayu dan Nyonya. Nasi Ulam ni bagus untuk kesihatan. Memang berkhasiat sebab ada pelbagai campuran herba. Dapat rasa aroma herba tu. Sangat menyelerakan. Lagi-lagi makan dengan lauk. Jom kita tengok lauk apa yang ada.

Lauk pertama yang admin try. Ayam Dara Goreng. Ingatkan ayam goreng biasa je. Tak! Ayam ni mereka goreng dengan resipi buatan tersendiri. Patutlah rasa lain dari yang lain. Yummy dan crispy. Dah makan tu tak tengok orang sebelah langsung.

Daging kambing yang dimasak perlahan dalam kuah kari yang penuh flavour. Mutton Curry ni memang tak boleh tolak langsung. Yang suka daging kambing patut pilih yang ni. Tak liat pun. Korang patut try, memang lembut. Kuahnya pula sedap gila.

Antara makanan Nyonya yang disukai ramai. Chicken Pongteh. Stew tradisional Nyonya yang dibuat dengan ayam, kentang dan herba. Ish, tak pernah makan makanan ni. Tapi bila dah sekali makan, nak lagi. Rempah dia sangat cukup. Rasa macam ayam madu yang direbus. Nyum!

Siapa kat sini suka makan kari kepala ikan? Nah, King’s Curry Fish Head. Nampak menyelerakan betul. Ikan yang digunakan ialah ikan Garoupa. Rasa dia? Pedasnya boleh terima. Kuah karinya pekat dan fulfilling. Creamy habis dalam mulut. Isi dia pun banyak tau. Tak payah berebut. Boleh makan untuk empat orang. Heee…

Apa ni admin makan berat-berat je. Tak ada sayur ke. Ish, mestilah ada! Admin cuba sayur Sambal Fried Pucuk Paku. Makan siap tambah nasi tau dengan sayur ni. Sebab admin memang suka sayur yang pedas-pedas. Sedap betul kombinasi rempah dia. Silap-silap jadi favourite korang nanti.

Nampak ada makanan ni kat menu, mesti terus nak order. Kerabu Udang. Yang ni pun tak boleh tolak. Lauk ni dah jadi kegemaran ramai. Makan dengan nasi memang yummy. Pedas, masam dan manis. Makanan ni umpama “salad” style Nyonya.

Yang suka sotong tu take note! Manalah tahu ni jadi kegemaran korang bila singgah makan di Alibaba & Nyonya nanti. Mereka ada Solok Green Chilli Sotong. Ada gaya masakan Kelantan. Sedap betul. Sotongnya pun tak liat. Elok sangatlah tu.

Nyonya Kuih terbaik!

Kalau korang nak tahu, kat Alibaba & Nyonya ni ada satu makanan yang dipanggil Nyonya Kuih. Hmm, apa benda tu? Tak biasa dengar? Sebenarnya ia pilihan kuih yang pelbagai dalam satu hidangan. Antara kuih yang ada ialah Kuih Lapis, Kuih Jagung, Onde-Onde, Kuih Koci, Pulut Panggang dan Ang Ku Kuih. Ni istimewa daripada peranakan Nyonya. Korang pun boleh try nanti.

Pencuci mulut pilihan ramai

Okay, dah makan kenyang-kenyang, mesti rasa nak makan dessert. Tekak rasa nak makan ABC pula. Tadi macam nampak mesin ais kacang kat depan kedai. Ada ABC ke? Kat Alibaba & Nyonya, ada tiga pencuci mulut yang jadi pilihan ramai tau. Nak tahu apa dia? Confirm korang kecur air liur punya.

Haaa, inilah dia. Signature ABC, Sagu Gula Melaka dan Cendol Gula Melaka. Aduh, bila dah makan ketiga-tiga dessert ni, feeling macam kat Melaka betul. Admin paling suka Signature ABC kat sini. Cukup manis. Tak lebih pun. Sangat disyorkan untuk korang. Slurpy!

Alibaba & Nyonya akan buka cawangan lagi

Em, Alibaba & Nyonya ni ada kat TTDI je ke? Okay, ni berita best untuk korang. Mereka akan buka dua cawangan lagi di Mid Valley dan Shah Alam. Yay! Take note. Kedai ni dibuka dari jam 11 pagi hingga 10 malam. Nah admin bagi info untuk Alibaba & Nyonya kat TTDI.

Eh, ada street art, boleh ambil gambar kat sini!

Sebelum balik, ternampak ada lukisan kat dinding di sebalik kedai. Eh? Street art rupanya. Ingatkan kat Penang je ada street art. Sini pun ada. Seronoknya! Bolehlah korang ambil gambar dengan kawan-kawan korang kat sini sebelum balik. Akan ada banyak lagi street art yang menarik tau. Hihi.

Mesti korang dah mula terfikir nak datang Alibaba & Nyonya kat TTDI kan. Kalau nak try makanan Nyonya, bolehlah datang kedai ni. Recommended. Jangan lupa ajak keluarga dan kawan-kawan. Boleh buat gathering kat sini. Jangan lupa like dan follow Facebook Alibaba & Nyonya untuk tahu info terkini mereka. Mai kita try!

Most Read Today