berita

‘Salahkah Aku Berseni Sendiri’- Dikatakan Tidak Waras, Ini Luahan Kecewa Iqram Dinzly

November 14th, 2017 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Beberapa hari lepas kecoh di Twitter apabila pelakon yang popular dalam drama bersiri Dunia Baru, Iqram Dinzly dikatakan tidak waras dan mengamalkan ajaran yang salah. Ini semua gara-gara foto Iqram swafoto bersama arwah bapanya sambil ada lollipop dalam mulut. Keadaan fizikal Iqram juga jauh berbeza ketika dia aktif berlakon dahulu.

Artikel berkaitan: ‘Ayahanda Saya Yang Minta Lolipop’ – Dikecam Tidak Waras, Adik Iqram Dinzly Beri Penjelasan?

Tapi kita hanya lah manusia biasa dan kita tidak tahu situasi atau apa yang dilalui oleh Iqram ketika ini. Orang putih kata ‘Don’t judge the book by its cover‘. Jadi jom dengar penjelasan dari Iqram sendiri.

‘Terima kasih kerana mengambil berat..’

Aku tahu aku manusia alpa . Aku manusia yang banyak berdosa . Aku usaha untok tidak menyusahkan sesiapa . Namun tetap jua manusia itu bersangka – sangka .
Salahkah aku berseni sendiri . Tanpa meminta simpati diri . Aku seolah – olah ingin meminta royalti terhadap mereka yang mengambil kesempatan terhadap semua ini .
Atau aku harus terus diam menyepi tanpa perlu mengerti tentang situasi ini .
Berdiam tetap berbunyi . Jadi sudi – sudilah bayar royalti kerna aku tidak mahu dosa kalian dengan aku berlipat tinggi . #108020064258 #maybank
Terima kaseh kerna mengambil berat diri aku yang dibenci ini .cacilah , caci sebanyak mana yang hendak dicaci .
Aku hanya mampu berdoa dengan @bawaabata.merebucks ini , akan aku usaha cuci , suci , murni dengan segala yang terjadi . Itu antara aku dengan Illahi .
Selamat mencaci bertubi – tubi . Aku rela tanpa rasa peduli di hati . Silalah wahai sesiapa yang sudi .

Dapat sokongan orang ramai

Walaupun dituduh dengan pelbagai tohmahan serta cacian, ramai tetap beri sokongan moral dan mesej positif di ruangan komen Instagram Iqram.

Sumber: Instagram Iqram Dinzly

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×