berita

Sambut Ulang Tahun Ke-3, Bujibu Berkongsi Makanan Kepada 50 ‘Kekasih’ Yang Lain.

February 13th, 2018 | by Amat
Lensa Insta

Ramai yang kenal dengan Bujibu Chempel, seekor kucing yang famous di laman Instagram dengan pengikut lebih kurang 1.1 juta. Kucing jinak peliharaan pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini pernah mencuri perhatian masyarakat dengan gelagat kecomelannya bersama Yusuf Iskandar.

Kucing jenis British Shorthair ini menyambut ulang tahun ketiga, semalam. Kemeriahan turut disambut ketika menghadiri majlis memperkenalkan duta sebuah produk makanan kucing bersama keluarga selebriti Hairul dan Hanis.

Happy birthday Bujibu!

https://www.instagram.com/p/BfGjFkLgQxK/?hl=en&taken-by=bujibuchempel

Sempena ulang tahun ketiga, kucing ini juga telah dilamar menjadi duta bagi produk makanan kucing jenama Purina. Selain itu, mereka turut mengadakan peraduan Giveaway produk makanan kucing ini kepada 50 ekor kucing lain yang bertuah.

Diva Bujibu

https://www.instagram.com/p/BfGWZFTAaas/?hl=en&taken-by=bujibuchempel

Bujibu kelihatan tenang sepanjang majlis pelancaran produk makanan tersebut. Walaupun, terpaksa melayan peminat untuk bergambar. Bujibu tetap menjadi kegilaan dalam kalangan peminat tegar kucing. Terbaru, Bujibu muncul dalam sebuah rancangan realiti bersama Yusuf Iskandar dan korang boleh mengikuti kecomelan pasangan ‘adik-beradik’ ini ye.

Credit: Instagram Bujibu Chempel

SKIP THIS AD ×