berita

‘Sampai Hospital Check Rupanya Dah 5cm’ – Memey Suhaiza Selamat Timang Anak Perempuan

July 12th, 2018 | by Arini Saleh
Lensa Insta

Pasangan bahagia Norman Hakim dan Memey Suhaiza sebentar tadi telah selamat menimang cahaya mata ketiga. Selepas dua orang hero, kali ini mereka dikurniakan bayi perempuan pula! Mesti comel macam ibunya juga kan?

Di Instagram, Norman Hakim meluahkan keterujaan menerusi sebuah video khas. Tahniah kami ucapkan.

Sampai hospital Dr check, rupanya dah 5cm

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

Ok confirm nak bersalin hari ni..
Sampai hospital, Dr zarina bibi check rupanya dah 5cm..
Trkejut jg sbb tak rasa apa2 sgt lg..sikit2 jer..
Now dah tggu kt labour room..
Saya mintak maaf ye kalau sy ada salah silap samada sedar @ tidak..
Doakan sy n baby selamat. Terima kasih pd semua yg doakan yg baik2 utk sy n keluarga..
Semoga Allah membalasnya..

Selamat melahirkan bayi perempuan

ALHAMDULILLAH SYUKUR TERIMA KASIH YA ALLAH…
.
.

Alhamdulillah isteri saya dah selamat lahirkan baby girl seberat 3.35 kg jam 12.52pm tadi
.
.

Terima kasih diatas doa kalian yang tak putus2..Aamiin Ya Rabb

Marhaban Ya Baby Girl??Izinkan papa mencium bau-bauan syurga…

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Norman Hakim menerusi Instagram memberitahu umum isterinya sudah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.35kg jam 12.52 tengah hari tadi. Malah, dia turut memuat naik video perjalanan Memey di hospital berlatar belakangkan suara tangisan bayi mereka.

Semoga jadi anak solehah

Sumber : normanhakim_786

SKIP THIS AD ×