berita

Sanggup Berjalan 2 Jam Hantar Anak Sertai Latihan…

February 20th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Kawasan tanah tinggi Cameron Highlands terdapat banyak perumahan Orang Asli di pendalaman hutan. Kawasan perumahan mereka lebih 5-10 km jauh dari tebing jalan dan mengambil masa kira-kira lebih 2-4 jam untuk tiba naik di tepi jalan.

Ini kisah pengorbanan seorang ayah yang sanggup berkorban masa dan tenaga menemani 2 anak perempuannya untuk dihantar kepada cikgu yang menunggu di atas, tepi jalan. Keluarga kecil ini hanya berjalan kaki untuk tiba di jalan besar hampir 2 jam semata-mata memberi semangat dan mengizinkan anaknya menyertai sukan.

Jalan kaki 2 jam

Kisah mengayat hati ini dikongsi dari seorang guru sukan sekolah rendah di laman Twitter miliknya. Pengorbanan Zaki, ayah kepada Syafinas dan Ziza yang telah dipilih mewakili negeri Pahang bagi acara merentas desa peringkat Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM). 2 pelajar ini perlu menjalani latihan di Pusat Latihan Kuantan.

Surat sebagai utusan

Guru ini telah menulis sepucuk surat dan dikirimkan kepada Syafinas bagi tujuan meminta izin ayah untuk membenarkan pelajarnya menjalani latihan sukan selepas cuti Tahun Baru Cina. Seperti telah dimaklumkan dalam surat, cikgu ini menunggu di tepi jalan besar ketibaan pelajarnya. Tiada sebarang alat komunikasi untuk berhubung keluarga ini melainkan menunggu pada masa dan hari yang telah dimaklumkan.

Akhirnya, pelajar ini tiba di tebing jalan ditemani seorang ayah. Menurut Zaki, mereka bertiga keluar rumah jam 10 pagi dan tiba pukul 12 tengah hari. Sementara menunggu jam 4 petang, mereka sempat tumpang di rumah saudara yang berdekatan situ.

‘Ayah bagi duit tak?’

Si ayah sempat lagi berbisik kepada 2 anaknya “Ga sengoh, jar akuat” (Jangan takut, lari kuat-kuat). Kata-kata seorang ayah memberi semangat kepada anak untuk berjuang bersungguh-sungguh. Walaupun ayah tidak dapat melihat kedua anaknya di acara tersebut nanti.

Cikgu ini sempat bertanya kepada pelajar tadi, “Ayah bagi duit tak?” Mereka menjawab, “Tidak, cikgu”. Walaubagaimanapun, cikgu ini tetap bersyukur kerana ayah mengizinkan mereka menyertai larian merentas desa dan mewakili Pahang di peringkat kebangsaan.

Credit: Twitter BungoLale

The following two tabs change content below.

Amat

@ammatlarbsib bukan nama sebenar

Most Read Today