berita

Santai Dengan Topi Menarik!

August 30th, 2012 | by Ai
Kini Trendy

Hangat sehangat mentari. Pada musim panas ini pasti si jelita inginkan pelindungan daripada pancaran sinaran cahaya yang menembusi kulit. Selain daripada melindungi kulit, ianya turut memberikan keanggunan kepada si pemakai. Selain berguna untuk perlindungan daripada panas terik, si pemakai juga boleh menggayakannya secara santai dan bersahaja.

Bagi si pemakai yang bijak bergaya, pasti pemilihan warna hitam menjadi pilihan. Ini kerana rona warna tersebut dapat memadankan dengan segala warna yang digayakan.

Topi besar berwarna hitam dengan riben coklat daripada Primark ini dikenali sebagai ‘Sunhat’ memberikan personaliti anggun kepada si cantik. Topi besar juga dapat melambangkan kemegahan si pemakai tatkala melakukan langkahan hebat.

Dengan gabungan ‘dress’ pendek pada musim panas, dapat menyerlahkan seri imej seseorang. Kombinasi sepatu tinggi dan beg tangan besar daripada rona senada, mampu memudahkan si cantik bergaya dengan mudah.

Selangkah demi selangkah memberikan keyakinan dan keberanian terhadap si cantik apabila melakukan penambahan aksesori topi ketika bergaya.

Topi berwarna coklat yang menarik ini dikenali sebagai ‘Straw hat’ melambangkan nilai eksklusif si pemakai  dimana topi ini juga mampu mengekalkan aura kejelitaan terhadap si pemakai.

Topi daripada jenama Canotier ini dihasilkan dengan ilham tersendiri disamping memberikan kelainan kepada si pemakai. Hasil kombinasi ‘dress’ pendek dengan beg tangan berwarna hitam menyerlahkan sifat kerjaya diri si jelita.

Kemewahan dalam pengayaan. Itu yang digambarkan bagi si pemakai yang memilih fesyen sebgini untuk di pamerkan.

Ini kerana, topi berfesyen ini mampu menyerlahkan personaliti mewah disamping gabungan perincian aksesori yang menarik. Bagi mereka yang ingin tampil unik dan menawan, topi daripada jenama Zara ini memberi peluang kepada si pencinta fesyen dalam melakukan perubahan imej.

Kombinasi antara jaket dan beg tangan, menonjolkan sifat kemegahan dalam pengayaan si pemakai.

SKIP THIS AD ×