berita

Sari Yanti Fail Bantahan Berhubung Dakwaan Nusyuz

April 30th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

IMG_8537

Sari Yanti enggan mengulas mengenai kes penceraiannya

Teka teki mengenai perceraian pelakon jelita, Sari Yanti dan pasangannya, Edy Casmady masih belum terjawab apabila pelakon itu bertindak menfailkan permohonan bantahan berhubung dakwaan Nusyuz oleh suaminya.

Bantahan dibuat dihadapan Hakim Mahkamah Syariah Daerah Petaling Jaya, Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah.

Sari bertindak membailkan bantahan untuk menolak tuntutan Nusyuz dan kembali taat yang pernah difailkan oleh suaminya pada 7 Mac lalu.

Bantahan tersebut dibenarkan oleh hakim dan akan disebut semula pada 28 Mei jam 3 petang.

Bagaimanapun, Sari Yanti yang ditemui diluar mahkamah enggan mengulas lanjut dan hanya terus berjalan meninggalkan perkarangan mahkamah.

IMG_8591

‘Biar Mahkamah Tentukan’ – Edy Casmady

Sementara itu, suaminya berkata beliau hanya menyerahkan segala keputusan kepada pihak mahamah sambil mengakui anak-anak mereka kini tinggal bersamanya.

Sebelum ini, pergolakan rumahtangga pasangan ini telah dihidu apabila Sari Yanti memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 25 Febuari lalu.

Untuk pengetahuan, Sari Yanti dan Edy Casmady telah berkahwin pada tahun 2009 dah mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Barr Al Aliy, 4 dan Basit Al Haq, 2.

Apapun, kami berharap Sari Yanti dan suaminya tabah menghadapi dugaan dan semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

SKIP THIS AD ×