berita

Saudara Mabuk Cinta Dengan ‘Pengkid’ – Isu Berang Dengan Penyanyi Baru, Che Ta Buka Mulut

June 16th, 2017 | by Arini Saleh | 10 comments
27K
reads
4.1K
shares
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini Rozita Che Wan di instagramnya telah mengamuk gara-gara seorang penyanyi baru yang dikatakan mengganggu isteri orang. Walaupun dah diberi amaran penyanyi itu seakan tak ‘makan saman’ dan masih degil.

Artikel berkaitan : Kau Bersayang Sayang Dengan Bini Orang, Muntahlah Dik! – Che Ta Mengamuk, Bengang Dengan Penyanyi Baru?

Melalui Harian Metro semalam Che Ta buka mulut menjelaskan kes mengamuk tu. Ohh macam tu rupanya.

Saudara mabuk cinta dengan ‘pengkid’

Che Ta menjelaskan status amaran dan mengamuk di Instagramnya baru-baru ini adalah jalan terakhir bagi membantu saudaranya sendiri.

“Sebagai saudara, saya sakit hati mendengar luahan mengenai isterinya yang mabuk cinta dengan ‘pengkid’ hingga mengabaikan tanggungjawab di rumah. Lebih menyedihkan apabila anak kecil mereka yang baharu mencecah berusia sembilan bulan juga diabaikan.

“Karakter isterinya itu berubah dan dia menjadi wanita berbeza selepas mengenali individu terbabit. Jalan akhir adalah dengan mengambil langkah membuat luahan terbuka supaya dia sedar diri.

“Sebelum ini pun saudara saya sudah bertemu untuk berbincang secara baik, namun keadaan semakin melarat. Harapan saya, dia sedar tidak baik memporak perandakan rumah tangga orang,” katanya.

Kenapa perlu ganggu isteri orang?

Sebelum ini teguran secara baik dah diberikan namun tidak dipedulikan, sebab itulah Che Ta mengambil keputusan untuk ‘sound’ penyanyi itu melalui Instagramnya sahaja.

“Ramai lagi orang di luar sana, kenapa perlu mengganggu isteri orang? Adakah setelah diberi amaran, dia menganggap dirinya seperti dicabar? Saya tahu dia menafikan perkara ini kepada media dan anggap diri tidak bersalah, namun saya ada bukti”

Status ‘amaran’ Che Ta itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen dan ramai yang menyangkakan Che Ta yang diganggu. Diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan baik, kan tak baik mengganggu dengan niat meruntuhkan rumahtangga orang.

sumber : Berita Harian Online

10 Comments

  1. mar says:

    ALALALAA… che Ta kekadang orang suka suka nak ganggu janganlah nak step jambu pulak. Be humble lah sikit

    Mentang2 dah dapat laki muda

  2. serene says:

    Orang tak kacau awak pun makcik, so tak payah lah kecoh. Makcik ni mmg attention seeker….pada hal tak ada kena mengena pun dengan dia tapi tetap menyebok.

  3. anon says:

    Nenek ni pandai cari publisiti murahan.

  4. expengkid says:

    Bertaubatlah pengkid2 oiii. Mati dh x mengenal umur tauu- dr bekas pengkid insaf

  5. Lemansado says:

    Pengkid ni elok dijolok ramai2…bwu dia sdar yg dia ad lubang..bkn btang…berlagak macho tp pndai pulak masuk tandas perempuan..konon2 gaya jantan..bukak bju tetek gak dua bukit …menyampah aku…