berita

Saya Ada Hak Untuk Bersuara – Aznil Nawawi

July 30th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Aznil Nawawi

Selepas menutup tirai ujibakatnya pada 30 Jun lepas, Akademi Fantasia 10 (AF10) kini bakal menemui para peminat tidak lama lagi. OHBULAN! pasti anda semua sudah tidak sabar untuk mengetahui siapakah peserta yang layak bertanding di pentas popular ini.

Jika diingat semula, industri hiburan pernah kecoh pada tahun 2011 apabila Akademi Fantasia musim 9 (AF9) dikatakan adalah penamat kepada rancangan realiti itu, namun berita tentang kemunculan AF10 pula telah mengundang pelbagai reaksi dari para peminat.

Artikel Berkaitan :

Dikatakan bakal muncul dengan gaya dan format yang baru, AF 10 juga telah menukar logo dan memperbaharui lagu tema asal Akademi Fantasia.

Berkesempatan menemui bekas hos Akademi Fantasia sebanyak 6 kali (musim 1-5 & 9), Datuk Aznil Nawawi yang mesra dipanggil Pak Nil mengakui rasa cintanya terhadap Akademi Fantasia masih ada. Namun, beliau telah menafikan penglibatannya secara terus dalam rancangan musim baru Akademi Fantasia 10.

“Secara langsung terlibat tu tak ada, tetapi saya adalah pekerja Astro, dan sebagai naib presiden dekat Astro, saya ada hak untuk bersuara dan pastikan program Akademi Fantasia ada kelainan.”

“Ye lah sebab saya pun dah buat lama, rasa cinta pada AF tu ada, masih tebal. Cuma kita kena lihat bahawa AF ni adalah AF generasi baru, dan kita kena tengok kesesuaian dia dengan anak kepada penonton AF dulu, 10 tahun dulu. Kalau dulu mereka 17, sekarang mereka dah 27, so anak mereka pula yang akan menonton,” tambah Pak Nil lagi.

Menurut pengacara popular ini, beliau akan tetap memantau perkembangan mengenai Akademi Fantasia agar ia berjalan lancar dan mampu memberikan kelainan kepada para penonton selepas ini.

“Kita kena tengok formula yang digunakan oleh AF ada evolusi la. Takdelah masih ditahap 10 tahun yang dulu, ketika saya baru galas tugas.

“Jadi, saya di Astro, apa yang boleh saya bagi idea, saya dah buat. Mereka kena fikir sesuatu yang lain, kalau tak boleh, saya akan pantau samada ia sesuai dengan formula AF.”

Merujuk pada perkembangan terbaru, filem animasi The Smurfs 2 (versi Bahasa Malaysia) telah menggunakan suara Pak Nil bagi watak jahat, Gargamel dan filem ini bakal ke pawagam pada 8 Ogos. Turut sama terlibat untuk alih suara The Smurfs 2 versi Bahasa Malaysia ialah Lisa Surihani, Zizan Razak dan juga Elfira Loy.

SKIP THIS AD ×