berita

‘Saya Anggap Sebagai Pelaburan’- Dikecam Riak Muat Naik Foto Selimut RM4k, Ini Penjelasan Jovian Mandagie

November 19th, 2017 | by Wan
Kini Trending

Sebelum ini, kecoh seketika di media sosial selimut anak pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie yang dipercayai mencecah RM4k. Entri yang melihat Jovian mendukung puteri sulungnya, Jeanelle Nika Mandagie yang berselimut jenama Hermes itu mendapat kecaman hebat warga netizen yang melabelkan pereka itu sebagai seorang yang ‘riak’.

Artikel berkaitan: Foto Selimut Anak Jovian Mandagie Berharga RM4k Jadi Perhatian Netizen?

Terbaru, Jovian ketika dihubungi Berita Harian, menjelaskan motif memuat naik gambar itu bukan untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya berkongsi perihal anaknya. Tambahnya, dia tidak menyangka sehingga ada segelintir netizen yang sanggup mencari harga selimut yang digunakan anaknya itu.

Anggap sebagai ‘pelaburan’

Rasanya saya tidak riak mahupun berniat untuk menunjuk-nunjuk sewaktu memuatnaik gambar di IG dengan tanda jenama atau menyebut harga selimut itu. …saya bukan bercakap mengenai selimut terbabit, tetapi perihal anak saya. Banyak lagi cara untuk menunjuk kalau nak riak atau berlaku sombong.

Mengenai harga yang saya bayar juga, nilai itu berpatutan dengan kualiti produk terbabit. Ia selimut daripada bulu biri-biri yang disulam tangan, buatan Perancis.

Kata Jovian, dia tidak ambil pusing dengan apa yang perlu diperkatakan orang ramai, sebaliknya ingin fokus menjadi bapa terbaik buat anakya itu. Merujuk kepada selimut baby Jeanelle, pengacara ‘Say Yes To The Dress Asia’ itu menganggap ia sebagai suatu ‘pelaburan’ kerana selimut itu boleh digunakan buat jangka masa yang lama sehingga Nika mencecah lima hingga enam tahun.

Ingin menjadi bapa terbaik

Mungkin ia sesuatu yang lumrah apabila kelahiran anak kami menjadi perhatian semua pengikut saya dan isteri. Apapun, jumlah kecaman yang saya terima hanya satu, berbanding ribuan ucapan tahniah selain doa baik-baik anak saya terima sejak dia dalam kandungan lagi.

Insya-Allah, sebagai bapa, saya akan mendidik anak menjadi seorang yang merendah diri dan menghormati orang lain. Jadi, penting untuk saya mendidik anak dengan memberikan contoh yang sesuai dengan apa yang saya lalui.

Biasalah bila dah terkenal tu, ada sahaja yang ‘salah’ di mata orang. Rasanya tidak salah kalau Jovian mahu memberikan terbaik buat puteri mereka. Jika ada rezeki lebih, kepada siapa lagi kita harus menghabiskannya jika tidak anak-anak?

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×