berita

‘Saya Bukan Lari, Tetapi…’ – ‘Hilang’ Dari IG, Ini Respon Izreen Azminda

March 12th, 2018 | by faris
Kini Trending

Kontroversi melanda pelakon Izreen Azminda tidak hanya menyebabkan pelakon itu dan suaminya dikeji netizen, malahan rakan baiknya, Rita Rudaini turut terpalit sama. Ramai yang menyalahkan Rita seolah Rita tidak menasihati Izreen dalam hal itu.

Artikel berkaitan: ‘Janganlah Buat Orang Yang Tiada Kena-Mengena Terpalit Sama Pula’ – Rita Rudaini Kesal Terkait Isu Izreen

Malahan, media sebelum ini melaporkan Rita turut berkecil hati dengan Izreen atas apa yang berlaku. Apa pula komen Izreen sebagai rakan?

Tak akan aktifkan semula IG buat sementara

Menurut Harian Metro, Izreen berkata, ketiadaannya di laman Instagram adalah keputusan yang dibuatnya bukan untuk melarikan diri namun mahu kemelut yang melanda selesai seperti biasa.

Saya bukan lari, tetapi ingin perkara ini selesai dahulu. Selepas ini, saya akan kembali membuka akaun IG.

Buat masa sekarang, saya ingin semuanya reda dan tenang dahulu. Bagi yang terus memberikan sokongan kepada saya, terima kasih diucapkan.

Hentikan serangan pada Rita

Izreen turut meminta pengguna media sosial supaya tidak lagi menyerang Instagram Rita dengan kata-kata tidak enak disebabkan kontroversi disebabkan dirinya. Tambah Izreen, Rita tidak berkait dengan isu rumah tangganya dan netizen patut berhenti salah faham.

Diakui sejak saya menutup ruangan komen dan menyahaktif sementara akaun Instagram, netizen beralih ke IG Rita. Disebabkan mereka tidak dapat menghentam saya, Rita pula jadi mangsa.

Dalam masa sama, perkara ini berlaku di luar kawalan saya. Cuma, apa boleh dikatakan sekarang, berhenti mengganggu ketenteraman Rita, baik di kalangan peminat saya atau ‘haters’.

Kontrak tidak batal tapi berakhir

Media sebelum ini turut melaporkan kontrak Izreen dengan satu jenama kosmetik dihentikan selepas isu perceraian suaminya, Ude Wahid dengan isteri pertama, Intan Liana. Ramai mengaitkan pemberhentian kontrak itu berkait dengan kontroversi menimpanya.

Saya anggap tidak ada rezeki. Namun, saya ingin perbetulkan persepsi orang yang mana kontrak saya tidak dibatalkan, tetapi sudah berakhir. Saya percaya, rezeki Allah SWT ada di mana-mana.

Alhamdulillah, tawaran berlakon juga tidak putus dan semua berjalan macam biasa. Saya bersyukur pihak produksi tidak ambil pusing masalah peribadi saya. Mereka lebih percaya dengan hasil kerja saya selama ini.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×