berita

“Saya Dah Lama Tak Berhubung Dengan Juliana Evans” – Zizan

August 7th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pelawak dan pengacara terkenal Mohd Razizan Abdul Razak, atau lebih dikenali sebagai Zizan baru-baru ini memaklumkan kepada pihak OHBULAN! bahawa beliau sudah lama tidak berhubung dengan Juliana Evans.

Menerusi temubual di Majlis Berbuka Puas bersama pihak Astro Rabu lalu, Zizan memaklumkan bahawa Juliana Evans telah terbang ke Australia sejak awal Ramadhan yang lalu. Beliau turut menyatakan bahawa sudah lama tidak berhubung dengan Juliana sejak pelakon wanita tersebut dikatakan terbang ke Australia atas urusan kerja.

Apabila disoal adakah Zizan akan menyambut Aidilfitri dengan Juliana Evans,beliau menjawab, “Saya pun dah lama tak berhubung dengan Juliana. Masuk sahaja bulan Ramadhan, dia sudah terbang ke Australia, jadi saya tak tahu mengenai dia sekarang.”

Menerusi perkembangan karier seni pula, Zizan memaklumkan bahawa pada Hari Raya ke-2 nanti, peminat boleh menonton lakonan beliau di program raya Astro menerusi cerita “Beraya Sampai Lebam”, di mana dalam cerita tersebut beliau digandingkan dengan pelakon lelaki popular Aaron Aziz.

Bertanya mengenai persiapan menyambut Aidilfitri, Zizan memaklumkan bahawa tema Baju Rayanya pada tahun ini adalah warna oren dan beliau akan menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Terengganu.

SKIP THIS AD ×