berita

‘Yang Haram Tetap Haram’ – Saharul Ridzwan Dedah Sebab Tak Berhenti Berlakon

August 8th, 2018 | by faris
Kini Trending

Semakin ramai golongan artis yang mementingkan aspek ajaran agama dalam kerjaya lakonan. Jika artis wanita memilih untuk bertudung sesuai tuntutan syariat, selebriti lelaki pula mengehadkan persentuhan dengan rakan lakon berlainan jantina.

Hero Jangan Benci Cintaku, Saharul Ridzwan mempunyai pendirian tersendiri untuk menjadi Muslim yang lebih baik. Mengakui pernah terfikir untuk berhenti berlakon, bapa seorang anak ini ada alasan mengapa dia tidak meneruskan niatnya itu.

Pernah nekad tinggalkan lakonan

Saharul menerusi Instagramnya mengambil kesempatan untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai artikel mengenai dirinya yang pernah bernekad untuk berhenti berlakon. Tambahnya, niat tidak akan membuatkan apa yang haram menjadi halal, dan perkara itu dielakkannya demi Allah.

Niat tidak menghalalkan apa yang haram. Yang haram tetap yang haram. InShaaAllah saya akan cuba elakkan kesemuanya kerana Allah. Bukan atas sebab lain. Saya kongsikan apa yang diberitahu kepada saya kerana di dalam Mazhab Imam Shafie adalah yang paling tegas di antara mazhab-mazhab lain.

Riwayat dari Abu Bakar RA bahawa dia pernah berjabat tangan dengan beberapa orang wanita tua dan Abdullah bin Zubair mengambil pembantu wanita tua untuk merawatnya. Maka, wanita itu mengusapnya dengan tangannya dan membersihkan kepalanya dari kutu.

Perlu tarik handbrake dan cari kekuatan

Menurutnya lagi, dia ada bertanyakan kepada golongan yang lebih arif mengenai sentuhan dengan wanita lebih berumur ketika berlakon.

Jadi soalan yang saya tanyakan kepada ustaz dan imam: Bolehkah saya bersentuhan/bersalaman dengan wanita yang lebih berumur dari saya? Dan jawapan di atas itulah yang diberikan kepada saya dengan NIAT untuk menyampaikan sesuatu message dalam medium lakonan.

Saya daif dan tidak layak untuk bercerita tentang hukum halal dan haram. Seandainya sesebuah naskah lakonan saya selepas ini dapat mengajak dan memberi pengajaran kepada penonton, syukur Alhamdulillah.

Bantulah saya, ingatkanlah saya…

Ujarnya lagi, jika di masa depan dia tidak mampu menidakkan pada perkara yang salah, dia perlu menghentikan perbuatannya dan mencari keredaan Allah. Dia juga berharap diberi kekuatan dan dijauhkan dari rezeki haram dan meragukan.

Tetapi sekiranya selepas ini saya masih lagi tidak mampu untuk berkata TIDAK pada perkara yang SALAH, bukan sahaja di dalam drama, tetapi juga di dalam kehidupan saya, jadi saya PERLU tarik handbrake dan mencari kekuatan itu kerana Allah

Bantulah saya. Ingatkan lah saya selalu. Kerana saya juga hamba Allah yang hari hari buat dosa dan dalam setiap sujud saya, saya mintak diberikan kekuatan Iman dan dijauhkan rezeki haram dan shubhah utk keluarga saya. Wallahualam. Maafkan saya sekali lagi seandainya saya salah.

Sumber: Saharul Ridzwan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×