berita

‘Saya Kan Dah Potong..’ – Dikecam Sering Muatnaik Gambar Dengan Lelaki, Ini Respon Safiey Illias

January 22nd, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Pada tahun lepas, usahawan kosmetik Safiey Ilias pernah membuat pengakuan yang dirinya bukan lagi seorang maknyah. Malah, Safiey juga sudah menjalani pelbagai pembedahan untuk membuang silikon di anggota badannya.

Terbaru, Safiey Ilias sekali lagi dihimpit kontroversi apabila secara terang-terangan berpakaian dan bersolek seperti wanita. Pelbagai kecaman diterima sehingga ada yang menggelarnya ‘kunyit’. Ini respon Safiey Ilias.

Saya kan dah potong, datang mana kunyit tu

Tak faham lah.. kenapa lah bila saya up gambar dgn kawan2 lelaki korang akan cakap “kunyit” , “gay” dan macam2 lagi..Saya kan dh potong.. datang mana lah kunyit tu.. cakap seolah-olah saya ni berzina pulak. Lagipun lelaki dengan lelaki kot, apa masalahnya betul tak? Bukan kena samak pun (betul ke ayat ni?). habis tu kalau awk yg dah kahwen lepak dgn lelaki lembut atau kunyit bermaksud awk kunyit juga ke ? Kalau bini awk semua lepak dgn tomboy pun dikira lesbian ke?

Maafkan saya jika status ini mengguris hati

Saya pun ada hati dan perasaan. Tapi tak apa saya sentiasa sabar . Dosa dgn Allah boleh mntk maaf dgn taubat. Tahu tak kenapa saya tak balas apa pun org cakap dkt saya ?? sebab saya takut tak jumpa nak cari orang yg saya hina tu untuk mintak maaf. Jangan kerana satu perkataan kesat yg kita ucap/tulis jadi penghalang kita masuk syurga. Tak berbaloi.

Mcm saya cakap kalau kita anggap duit adalah sebab kita dapat kawan dan pasangan, akhirnya kita akan attract kawan yg berkawan dgn kita atas dasar duit. Kalau kita kata kita ni cantik, kita akan attract orang yg hanya suka pada kita kerana kecantikan kita. Inilah LAW OF ATTRACTION! Tapi kalau kita percaya kebaikan kita dan sikap kita , percayalah kita akan dapat kawan yg ikhlas dgn kita.. .
.
Maafkan saya jika status ni ada mengguris hati sesiapa. 

Sumber : Instagram Safiey Illias

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×