berita

“Saya Kena Terima Dan Hadapi Semua Ini” – Neelofa

September 26th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pada 24 September 2012 lalu, sebuah blog hiburan tempatan telah mengeluarkan gosip yang menyatakan aktress cantik Neelofa telah pergi bercuti ke Koh Samui, Thailand bersama Hans Isaac. Namun begitu, ketika bertemu di majlis tayangan  media filem Hantu Kapcai semalam, Neelofa telah menafikan gosip tersebut.

Menurut Neelofa, dia sebenarnya pergi bercuti ke Phuket, Thailand bersama rakan-rakannya dan bukannya bercuti bersama aktor kacak, Hans Isaac seperti yang dilaporkan sebelum ini. Disamping itu, Neelofa turut melahirkan rasa kesal kerana telah menulis status Twitternya yang berbunyi “On my way to the airport! Bye Malaysiaaaaaaa” sehingga mengakibatkan pihak lain membuat spekulasi yang tidak benar mengenai status tersebut.

“Saya sebenarnya pergi bercuti hari Ahad hari tu, Hans pulak pergi ke Koh Samui dah lama. Lagipun saya pegi bercuti dengan kawan-kawan ke Phuket dan langsung tak jumpa dengan Hans. Setahu saya Hans pergi ke Koh Samui dengan kumpulan kelab golf dia. Jadi berita tersebut sememangnya tak betul,” ulas Neelofa kepada pihak media.

Neelofa turut mendakwa gambarnya sewaktu bercuti di Phuket telah disabotaj oleh pihak tertentu sehingga menimbulakan dakwaan yang tidak benar mengenai dirinya.

“Secara kebetulan pula, ada orang ambil gambar yang saya upload di Twitter dan sabotaj gambar tersebut. Tapi apa pun saya kena terima dan hadapi semua ini.”

“Apa boleh saya buat, perkara dah berlaku. Saya ingatkan pergi bercuti boleh rehatkan badan dan tenagkan fikiran, tapi bila balik bercuti semakin serabut pula dengan benda-benda macam ini,” Ulas Neelofa penuh kesal.

Merujuk perkembangan terbaru, Neelofa kini dipilih sebagai duta terbaru untuk tilam berjenama King Koil, di mana dia merupakan duta pertama jenama ini sejak bulan Mei yang lalu. Selain itu, Neelofa turut difahamkan bakal terbang ke Itali pada bulan November akan datang untuk program Nona di TV3.

SKIP THIS AD ×