berita

‘Saya Kesal Dan Terasa Hati’ – Iqram Dinzly Luah Rasa Terkilan Dengan Fathia Latiff

‘Saya Kesal Dan Terasa Hati’ – Iqram Dinzly Luah Rasa Terkilan Dengan Fathia Latiff

Most Read Today

January 18th, 2018
Isu & Kontroversi

‘Saya Kesal Dan Terasa Hati’ – Iqram Dinzly Luah Rasa Terkilan Dengan Fathia Latiff

January 18th, 2018 | by faris

Tindakan Fathia Latiff meninggalkan komen menyuruh Iqram Dinzly membunuh diri mendapat kecaman hebat netizen. Rata-rata tidak bersetuju dengan komen sebegitu, walaupun berkemungkinan ianya bersifat gurauan semata.

Artikel berkaitan: ‘Alang-Alang, Pergi Bunuh Diri’ – Fathia Latiff Komen Di Insta Live Iqram Dinzly?

Malahan semalam Hafiz Hamidun turut tidak berpuas hati dengan komen Fathia tersebut. Namun apa pula kata tuan punya badan?

Kesal dan terasa hati

Kalau dia nak jadi ‘gila’ seperti saya, datang berjumpa. Bukan main tulis macam itu. Memang saya tak baca komen berkenaan, tetapi ada rakan yang beritahu.

Sejujurnya, saya kesal dan terasa hati. Apa yang ditulis sangat keterlaluan. Tidakkah dia sedar perkara berkenaan boleh mempengaruhi pemikiran netizen? Kita tak tahu apa persepsi peminat yang menonton ketika itu.

Malah komen itu juga boleh membuatkan seorang anak seni seperti saya berada dalam tekanan.

Menurut laporan Harian Metro, Iqram mengakui dia terasa hati dengan komen Fathia itu. Malahan dia menasihatkan kepada aktres itu jika mahu menjadi ‘gila’ sepertinya, dia mengajak Fathia berjumpa, bukan membuat komen sebegitu.

Tak tahu game Fathia

Saya tak tahu apa ‘game’ dia, jadi saya biarkan dahulu. Saya sambut dan alu-alukan ‘game’ berkenaan.

Tambah pelakon kontroversi ini, dia sejujurnya tidak tahu-menahu mengenai ‘permainan’ Fathia dengan komen berkenaan. Pun begitu, dia mengalu-alukan permainan berkenaan.

Fathia sebelum ini meninggalkan empat komen iaitu ‘pergi bunuh diri’, ‘bunuh diri Iqram’, ‘tak ada scene bunuh diri ke?’ dan ‘alang-alang’ ketika Iqram mengadakan sesi ‘live’ di Instagram. Komen berkenaan mendapat selaran hebat netizen.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.

Most Read Today