berita

‘Saya Lihat Kritikan Itu Positif’ – Dimarah Teruk Mas Idayu, Ini Respon Baby Shima

November 14th, 2017 | by Shafika | 0 comments
11.9K
reads
192
shares
Kini Trending

Semalam viral di media sosial video Mas Idayu sedang memarahi salah seorang peserta program realiti D’Academy Asia 3. Mas Idayu selaku juri tetap di dalam program itu tidak dapat mengawal kemarahan kerana beranggapan mutu nyanyian Baby Shima hambar.

Video itu teruk dikecam netizen yang rata-rata beranggapan Mas Idayu keterlaluan. Namun, Baby Shima tidak menyalahkan Mas Idayu dan mengambil kritikan itu sebagai satu positif.

Baby Shima kena marah

Video yang berdurasi 6 minit itu berjaya mendapat perhatian netizen di Indonesia dan Malaysia. Baby Shima dimarahi teruk oleh Mas Idayu gara-gara menyanyikan lagu yang katanya kedengaran hambar. Komen Mas Idayu dipersetujui oleh seorang lagi juri namun menurutnya, tidak semua kesalahan dilakukan oleh Baby Shima.

Rata-rata menyifatkan tindakan Mas Idayu yang memarahi Baby Shima itu keterlaluan. Walau bagaimanapun, menerusi Harian Metro, Baby Shima tidak berdendam dengan Mas Idayu yang menengkingnya.

Saya tak marah Mas Idayu

Saya tidak marah dengan Mas Idayu. Saya hormati segala kritikannya dan sedih kerana tidak berjaya memberikan persembahan seperti yang dia harapkan. Memang banyak kelemahan saya dalam persembahan itu.

Memandangkan ia pertandingan besar, saya gemuruh hingga menjejaskan penyampaian. Saya lihat semua kritikan secara positif. Bagi saya ia teguran membina dan tak perlu menyalahkan sesiapa.

Sumber : Harian Metro