berita

“Saya Mahu Jersi Berasaskan Warna Pink!”- Datuk Vida Bengang Dengan KAFA

January 18th, 2016 | by Noraniza
Kini Trending

qu puteh

Nampaknya, kes tajaan pengasas produk Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman terhadap pasukan The Red Warrior masih belum lagi selesai sepenuhnya.

Terkini, Datuk Vida dikatakan bengang dengan KAFA kerana tidak menunaikan janji untuk menukar jersi pemain Kelantan kepada warna pink seperti yang dijanjikan.

Artikel Berkaitan: Nak Sponsor, Sponsor Jelah – Afdlin Shauki Kritik Penajaan RM16 Juta Vida Beauty?

Screen Shot 2016-01-18 at 2.50.54 PM

“Saya tidak setuju jersi utama kekal menggunakan warna tradisi Kelantan iaitu warna merah dan biru putih seperti yang diumumkan pada Sabtu.

Seperti yang kita bincangkan sebelum ini, saya mahu jersi itu dengan warna berasaskan pink, hanya jersi kedua akan menggunakan warna merah.

Saya tak peduli, Nike ke Adidas ke yang penting mereka kena selesaikan warna jersi ini. Saya kena dapatkan hak saya sebagai penaja utama. Saya harap ia akan diselesaikan minggu depan. Setakat ini masih belum ada kata putus daripada KAFA mengenai perkara ini.”

Menurut laporan FMT News lagi, Datuk Vida tidak berpuas hati apabila pasukan The Red Warrior hanya sekadar menggunakan jersi merah jambu sebagai jersi ketiga mereka.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×