berita

‘Saya Masih Waras’ – Adegan ‘Cium’ Fattah Amin & Janna Nick, Ini Penjelasan Michael Ang

September 23rd, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Semalam kecoh di media sosial apabila rakaman sedutan adegan ‘cium’ Fattah Amin dan Janna Nick tersebar. Walaupun jelas di dalam video itu tiada sebarang sentuhan, namun netizen tetap beranggapan ianya tidak sesuai.

Artikel Berkaitan : [VIDEO] ‘Tak Sesuai Adat Budaya Kita’ – Adegan ‘Cium’ Fattah Amin & Janna Nick Dikecam Netizen

Terbaru, Micheal Ang di Live instagram menafikan dakwaan adegan cium itu. Ini penjelasan pihak Micheal Ang selaku pengarah kepada drama ini.

Saya masih waras

Sebenarnya tiada babak bercium pun. Malah, tiada sentuhan langsung. Kedudukan wajah Fattah di kanan dan Janna di kiri seolah menampakkan mereka sedang bercium.

Saya masih waras dan tidak mungkin mewujudkan aksi yang boleh mengundang kontroversi dalam drama arahan saya.

Menurut Michael Ang, dia masih waras untuk mewujudkan aksi yang boleh mengundang kontroversi.

Dalam masa yang sama, dia juga akan lebih peka memastikan tiada rakaman dibenarkan.

Tidak benarkan merakam

Selepas ini, tak kira pelakon atau kru, saya tak benarkan mereka merakam adegan sepanjang penggambaran.

Tak mahu lagi orang salah faham dan hilang kejutan kerana penonton sudah tahu aksi dalam drama tersebut.

Drama adaptasi dari Korea, Coffee Prince ini bakal menemui anda di saluran Astro Ria pada November depan. Tak sabar nak tunggu drama ini.

Sumber : michaelang38 , mstar

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×