berita

‘Saya Menangis Terbayangkan Anak’- Viral Suami Bunuh, Kerat & Bakar Isteri Kerana Didesak Beli Kereta, Ini Penjelasannya

December 16th, 2017 | by Ash Nordin
Kini Trending

Semalam viral di sosial media mengenai kes pembunuhan suami keatas isterinya yang terjadi di Indonesia. Semuanya berpunca kerana si isteri sering mendesak suami supaya dapatkan sebuah kereta baru. Kejadian ini telah berlaku pada Isnin minggu lalu, semuanya bermula dengan pergaduhan kecil sehingga berlanjutan ke aksi kekasaran.

Suami, Muhammad Kholil telah mendakwa dia dicekik terlebih dahulu oleh isterinya. Lalu dia membalas dengan memukul leher si isteri sebanyak 2 kali sehingga tidak sedarkan diri. Ini penjelasan dari Kholil.

‘Hanya teringat anak’

Suspek, Muhammad Kholil membuat pengakuan kepada pihak berkuasa selepas didapati bersalah membunuh, mengerat dan membakar mayat isterunya dalam satu kejadian yang sangat tragis berlaku di Karawang, Jawa Barat, Indonesia.

Semuanya gara-gara isteri (Siti Saadah) selalu mendesak ingin kan kereta baharu. Kholil memberitahu di saat dia membunuh Siti, dia membayangkan wajah anak mereka yang baru berusia dua tahun.

Kata Kholil kepada Pesuruhjaya Polis Karawang, Rano Hadianto;

Sewaktu saya mengerat tubuh Siti, saya hanya teringat anak. Saya menangis terbayangkan anak.

Tambah Kholil, anaknya kini dalam jagaan orang tuanya di Bogor. Dalam kejadian pembunuhan kejam itu, Kholil bertengkar mulut dengan Siti sehingga lah berlaku aksi kekerasan.

Mayat dipotong dan dibakar

Kholil mendakwa dia dicekik dan selepas itu membalas dengan memukul pada bahagian leher Siti sebanyak dua kali sehingga tidak sedarkan diri.

Terkejut dengan situasi itu, Kholil memeriksa nafas serta denyutan jantung Siti, namun semuanya sudah terlambat.

Saya bingung, lalu saya tutup mulutnya menggunakan pita pelekat.

Sehari selepas kejadian, Kholil ambil keputusan untuk mengerat tubuh isterinya kepada tiga bahagian, iaitu kepala, badan dan kaki- menggunakan golok.

Selepas itu dia membuang kepala dan kaki Siti ke daerah Tegalwuru. Manakala bahagian badan Siti pula dibuang ke Desa Ciranggon. Risau keratan mayat isterinya ditemui orang ramai, Kholil kembali pada keesokan harinya untuk membakar bahagian tubuh badan yang telah dikerat.

Sumber: Astro Awani

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×