berita

‘Saya Menerima Tawaran Berlakon Dan Saya Dibayar’ – Aliff Syukri

February 24th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Bergelar seorang pelakon bukanlah sesuatu yang mudah, ada yang dilahirkan dengan bakat semulajadi dan ada juga yang perlu diasah bertahun-tahun. Jutawan kosmetik yang baru sahaja berjinak ke bidang lakonanan, Dato’ Aliff Syukri mendapat pelbagai kritikan hebat daripada netizen termasuklah beberapa orang artis.

Selain dikritik tidak sesuai berlakon, Aliff Syukri juga didakwa melaburkan duit untuk filem tersebut. Betul ke? Ini respon Aliff Syukri.

Saya terima tawaran berlakon dan saya dibayar

sukar utk saya gambarkan keadaan saya.. mungkin diluar saya nampak happy tapi siapa tahu hati dan perasaan saya..bila saya cakap saya x keluar duit utk berlakon dan menyanyi ramai x nak percaya dan anggap saya ada duit semua saya boleh buat… . Saya ada duit dalam masa yg sama saya juga ahli perniagaan….sebagai seorang yg berniaga saya pasti takkan melaburkan duit dengan benda yg di luar kemahiran bidang saya….saya menerima tawaran berlakon dan saya di bayar…tapi ye lah x guna nak explain tanggapan org malaysia ada duit boleh buat apa saja…ni bukan drama2 sikit ada duit boleh bayar,berniaga pun kami masih ikut role kkm,kastam,lhdn…..bukan sbb ada duit semua kita boleh skip… . Susah saya nak bg semua faham tapi yerlah nama pun manusia yg buruk tu lah yg dihebahkan…saya mengaku saya ada perangai buruk banyak…..saya x malu sbb saya tahu saya x cukup baik…mungkin anda lebih baik…lebih sempurna dr segala segi…Insya Allah rezeki kita semua x sama…saya berduit tapi mungkin Allah uji saya dgn sikap buruk saya….mungkin anda sederhana tapi Allah hadiahkan akhlak yg baik…tanpa cacat cela..yg nak boikot pun ada….silakan saya tak pernah takut ugutan manusia sbb saya percaya rezeki Allah utk setiap org dah ditentukan….rezeki yg ada bukan utk saya….bila x tunjuk dikata x bersedekah…bila buat majlis manusia kata menunjuk…jadi hati manusia x boleh dipuaskan….. . saya x minta disokong diampu mahupun dipuji,nak keji silakan..saya berlapang dada…cuma kalau rasa nak memfitnah tu fikir dahulu kesahihannya..jgn disebarkan benda yg x pasti…..biarlah 1 dunia kecam dan menghina saya….yg pasti keluarga dan org terdekat lebih tahu siapa saya…chill..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Terkilan dengan segala tohmahan dan kritikan yang dilemparkan kepadanya, Aliff Syukri menerusi laman Instagram meluahkan rasa sedih dan menjelaskan dia tidak keluarkan duit pun untuk pembikinan filem lakonannya. Katanya lagi, sebagai seorang ahli perniagaan dia pasti tidak akan melaburkan duit kepada perkara yang diluar kemahirannya.

Tambahnya, dia ditawarkan berlakon dan dia dibayar untuk kerja tersebut. Dia juga memberitahu tidak pernah takut dengan ugutan manusia kerana percaya dengan rezeki kurniaan Allah swt.

Pandangan netizen

Sumber : Instagram Aliffsyukriterlajaklaris

The following two tabs change content below.

Most Read Today