berita

‘Saya Minta Maaf’- Didakwa Sebar Foto Anak Siti Nurhaliza, Jurusolek Sambilan Beri Penjelasan

March 21st, 2018 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Tidak lama selepas Dato Siti Nurhaliza melahirkan bayi perempuan, tular pula di sosial media dengan beberapa foto anak pertamanya itu walaupun Siti sendiri memaklumkan bahawa dia akan berkongsi dengan orang ramai wajah anaknya bila tiba masa sesuai.

Individu yang didakwa memuat naik foto di laman Facebook tampil memberi penjelasan dan berkata bahawa dia ingin berkongis kegembiraan dan tiada niat untuk membuat mana-mana pihak terasa.

Tidak tahu, hanya ingin kongsi kegembiraan

Jurusolek sambilan, Wan Noor Akmal Wan Yusof yang didakwa memuat naik foto wajah anak Datuk Seri Siti Nurhaliza di sosial media berkata bahawa dia tidak tahu mengenai kenyataan penyanyi tersebut akan berkongsi wajah anak selepas tujuh hari kelahiran.

Tambahnya lagi dia hanya ingin berkongsi kegembiraan dan tidak sangka dengan muat naik foto tersebut boleh membuatkan orang ramai marah. Akaun Facebook jurusolek sambilan ini juga penuh dengan komen kecaman dari netizen.

Kalau dari awal saya tahu mengenai kenyataan yang mereka belum bersedia berkongsi wajah anak, saya takkan buat perkara ini. Saya akui dan sedar kesilapan saya.

Berhubung dengan isu tersebut, Wan Noor Akmal ingin bertemu dengan pihak Siti untuk memohon maaf dan menjelaskan perkara sebenar. Menurutnya lagi dia mendapat foto dan video tersebut daripada melalui aplikasi Whatsapp.

Sekali lagi saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan tidak sengaja untuk menyakiti hati pihak Siti.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×